Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Noraini, Shahrizat Dapat Undi...

KUALA LUMPUR : Pemilihan bagi jawatan Ketua Wanita UMNO semakin sengit antara penyandang,...

54 Pelajar Diberi Tajaan...

PUTRAJAYA - Kabinet bersetuju memberi tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 54...

176 Sekolah Mungkin Ditutup...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 176 sekolah di seluruh negara mungkin ditutup atau digabungkan...

Laporan Audit Kes Tanah...

KUALA LUMPUR - Laporan audit forensik bagi projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC)...

“Ini Yang Kami Terima Dari Keluarga Bekas Adik Ipar”

KES perceraian sering kali melibatkan anak-anak yang menjadi mangsa perebutan hak penjagaan antara ibu dan bapa.

Terbaharu, tular sebuah rakaman video yang memaparkan tindakan khianat sekumpulan lelaki yang cuba merosakkan sebuah kenderaan milik seorang wanita dalam kejadian di Semporna, Sabah.

Menurut mangsa, Ziezy Ahmad, dia bersama adiknya telah diserang oleh beberapa orang lelaki yang dipercayai merupakan ahli keluarga bekas adik iparnya kira-kira jam 1 petang.

Difahamkan, dia dan adiknya itu telah datang ke rumah bekas suaminya itu untuk mengambil anak atas perintah mahkamah, namun tidak menyangka keluarga bekas adik iparnya akan bertindak sedemikian.

“Ceritanya saya ini tak tahu apa-apa. Cuma menemankan adik perempuan saya pergi mengambil anaknya atas perintah mahkamah. Siap bawa surat dari mahkamah lagi. Datang cara baik, siap bagi salam.

“Sampai-sampai saja di rumah bekas suami adik, memang nampak dari jauh sekumpulan lelaki sudah berkumpulan, termasuk seorang wanita yang dikenali sebagai Faridah.

“Yang si Faridah ini lagilah saya tak faham, apatah lagi kenal pun tidak. Secara tiba-tiba pergi ke depan kereta, siap berteriak dan meludah-ludah lagi.


“Astaghfirullahalazim, perangai mereka ini memang sungguh tidak dijangkakan,” katanya.

Kejadian yang tidak disangkakan itu menyebabkan mereka segera beredar namun kenderaan mangsa mengalami kemik dan calar teruk.

“Habis kereta saya menjadi mangsa tendang dan tumbuk. Allahu, barulah saya nampak perangai mereka macam mana. Serik saya nak pijak kawasan mereka ini lagi,” tulisnya.

Menurut Ziezy, kejadian itu berlaku pada dua minggu lalu namun rakaman insiden terbabit baru sahaja dimuat naik semalam.

Katanya lagi, dia telah melaporkan kejadian itu pada polis namun terpaksa menyebarkan kejadian itu di media sosial susulan tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. – MYNEWSHUB.CC

Kategori