Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Nigeria Tangguh Pilihan Raya...

Abuja - Nigeria menangguhkan pilihan raya presiden yang dijadualkan pada 14 Februari ini...

Perhimpunan Agung UMNO 2021...

PETALING JAYA : Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang dijadualkan bulan depan ditangguhkan susulan...

Kisah Gimnas Eli Dan...

SIAPA sangka di sebalik ketangkasan tubuh lembut selaku seorang gimnas kebangsaan, Nur Eli...

Kerja Dilakukan Sejak 2009...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

“Ini Yang Mati Tu Kan??” – Peminat K-Pop Selar Sakinah

MASIH belum ‘sembuh’ luka di hati para peminat daripada tragedi kematian penyanyi kumpulan K-Pop SHINee, Kim Jong-hyun akibat bunuh diri bulan lalu, namun lain pula reaksi sesetengah artis Malaysia.

Baru-baru ini, aktres Sharifah Sakinah dan Janna Nick telah mencetuskan kemarahan para peminat K-Pop selepas Sakinah memuat naik sebuah video Instastory yang tidak mengjormati sensitiviti.

Dalam video pendek berdurasi lapan saat itu, Janna yang dirakam berada di dalam sebuah salun rambut dan sedang membuat proses bleaching rambutnya yang pendek daripada hitam keperangan ke blonde, telah disamakan oleh Sakinah dengan mendiang Jong-hyun.

“Ini yang mati tu kan??” kata Sakinah sambil disambut gelak ketawa oleh Janna.

Meskipun Sakinah hanyalah bergurau, namun netizen tidak senang dengan ‘lawak tak bertempat’ itu.

“Tak ada hormat langsung. 2018. Berubahlah wahai meleis. Common sense mana?” tulis seorang netizen.


Janna, 22, kemudiannya mengirimkan sebuah tweet memohon maaf ke atas isu tersebut dengan mengatakan dia tidak menumpukan perhatian terhadap kata-kata Sakinah itu, tapi hanya tertawa bersama-sama rakannya itu.

Macam tu pun boleh, ya. Zaman ini, memang semua benda ada sahaja sempadan sensitiviti yang perlu diambil kira sebelum membuat sesuatu tindakan atau berkata-kata tentang sesuatu isu. Jadi, hati-hatilah apa yang anda muat naik di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Kategori