Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Faiz Subri, Jafri Sedia...

KUALA LUMPUR – Dua pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri dan Muhammad Jafri...

Projek Cerun Laluan Simpang...

SUNGAI SIPUT - Pengguna Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands diingatkan untuk sentiasa mendapatkan perkembangan...

Kos Haji Dijangka Terus...

KUALA LUMPUR - Kos menunaikan haji dijangka terus meningkat disebabkan kos penginapan, pengangkutan,...

Demam ‘Dubsmash’ Cara Netizen...

KUALA LUMPUR - Video aplikasi 'Dubsmash' yang kini menjadi kegilaan warga netizen di...

Iqram Hina Nabi, Ustaz Gesa Pejabat Agama Siasat

BERPADA-PADALAH kalau mahu ‘berseni’ pun… Tindakan pelakon Iqram Dinzly yang memberi gelaran “Che Mat” kepada Nabi Muhammad SAW dalam program hiburan Melodi semalam (Ahad) ditegur oleh pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.

Kata Abu Syafiq, gelaran mirip sapaan orang biasa itu seakan-akan menghina rasul dan memohon Iqram agar segera bertaubat.

“Kita perlu berhati-hati memberi nama kepada Nabi Muhammad, Allah berfiman dalam Al-Quran, bahawa janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain).

Pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.

“Itu perkara asas yang mana anak-anak kecil pun tahu tentang itu, bagaimana dia boleh bercakap di televisyen secara langsung dengan ditonton oleh semua masyarakat,” ujar ustaz itu menerusi laman Facebook peribadi miliknya, Isnin.

Baca: Pakar Perubatan Gesa Iqram Dapat Rawatan, Sokongan

Juga: Didakwa ‘Gila’, Iqram Terangkan Cerita Sebenar

Iqram menjadi tetamu jemputan dalam program Melodi menerusi segmen baharu Cerita Sini Habis Sini.

Menerusi segmen yang dikendalikan oleh Michelle Wee itu, Iqram berkongsi luahan hati apabila dituduh tidak waras akibat video-video aksi pelik yang tular di media sosial.


Dalam pada itu, Abu Syafiq berkata, pihak Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) seharusnya memantau dan mengambil tindakan terhadap pelakon tersebut.

Tambahnya, ia bukan kali pertama kelakuan pelakon itu mempersendakan Islam kerana sebelum ini pernah menconteng kalimah Allah SWT di dahi.

“Sudah tiba masanya Jabatan Agama Islam Perak mengambil tindakan tegas terhadap pelakon ini. Jangan duduk senyap kerana Iqram sudah menghina nama Nabi secara umum,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia turut berdoa agar pelakon itu diberikan hidayah dan bertaubat atas perbuatan tersebut.

Abu Syafiq menyeru pihak Jaipk oleh kerana Iqram kini tinggal di Ipoh, Perak bersama keluarganya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori