Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Perhilitan Rampas 13 Ekor...

SEREMBAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menahan...

Pembelian Panik Punca Telur...

KUALA LUMPUR: Pembelian panik, selain sambutan Tahun Baharu Cina dipercayai antara punca bekalan...

Real Madrid Benam Barcelona...

REAL Madrid mempamerkan karakter sebenar mereka dengan menewaskan Barcelona 2-0, dalam pertembungan dua...

100,000 Umat Islam Adakan...

JAKARTA - Kira-kira 100,000 ribu orang Islam menyertai perhimpunan di sekitar Monumen Nasional...

Isteri Curang Kerana Suami Tak Terlayan Nafsu Melampau

PAHIT untuk ditelan, namun hakikatnya suami mana yang boleh tahan sabar kalau dapat tahu isteri berzina dengan lelaki lain?

Menerusi perkongsian yang tular ini ini dilihat agak menyayat hati apabila seorang suami terpaksa ‘melepaskan’ isterinya kerana mengakui sudah tidak tahan dengan sikap wanita itu.

Ceritanya bermula apabila individu dikenali sebagai Ismail mengakui fobia dengan sikap isteri yang dipercayai mempunyai nafsu seks yang luar biasa selain tidak tahan lagi melayan kehendak batin isterinya itu.

Bukan itu sahaja, malah lebih sadis apabila wanita itu didapati berzina dengan lelaki lain ekoran kegagalan suami memenuhi keperluan batinnya itu.

“Saya sudah tak tahan dengan sikap isteri, ditambah pula dia mempunyai lelaki lain. Saya masih boleh memenuhi hasrat isteri dua atau tiga kali seminggu, tapi dia minta tiap malam, lelaki mana yang tahan.

“Dua pusingan boleh, tapi itu saya perlu bersusah payah, Kalau tidak dipenuhi isteri saya akan marah,” kata Ismail dipetik sebuah portal, hari ini.

Tambahnya lagi, wanita itu turut bertindak memarahi dirinya jika nafsu luar biasa itu tidak dipenuhi.

“Di ranjang saya hanya boleh ‘bertarung’ satu round sahaja. Dua pusingan boleh, tapi itu saya perlu bersusah payah, Kalau tidak dipenuhi isteri saya akan marah,” ujar lelaki berusia 30 tahun ini.


Menurut Ismail, isterinya mula mempunyai nafsu seks yang luar biasa selepas menyertai aktiviti sukan bersama-sama jiran tetangga mereka sekitar tahun lepas.

Selain itu katanya lagi, wanita tersebut turut mengamalkan beberapa ubat herba tradisional yang dibeli menerusi laman sosial.


Bahkan, penampilan isterinya juga turut berubah yang mana dahulunya wanita itu lebih selesa berdandan ala kadar dan manis bertudung litup.

Tetapi sekarang, wanita itu sudah mula mencukur kening dan lebih selesa memakai baju-baju yang ‘mengundang’ pandangan nakal lelaki lain dan keadaan itu menimbulkan rasa pelik kepada dirinya.

Bagaimanapun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga.

Satu demi satu cerita di sebalik perkara itu mula terbongkar apabila Ismail bertembung sendiri secara tidak sengaja dengan isterinya bersama lelaki lain di sebuah pasar raya.

“Ya, saya nampak dia dengan lelaki lain, walaupun dia mengaku sudah tidur dengan lelaki itu, apabila saya tanya kenapa? Dia menyatakan bahawa saya tidak dapat memenuhi keperluan batinnya,” kata Mail.

Mail yang akui terkilan dengan perkara itu, tidak mempunyai jalan lain selain mengambil keputusan menceraikan wanita berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori