SEKUMPULAN pertubuhan bukan kerajaan (NGO) biadab menyelar tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjalankan ujian pengesahan jantina ke atas usahawan, Nur Sajat.
Mereka berpendapat seseorang tidak berhak dipaksa untuk menjalankan ujian berhubungan alat kelamin kerana perkara itu tidak dapat menentukankan kesahihan identiti jantina individu tersebut.
āKami percaya tidak ada seorang pun yang perlu diarahkan untuk menjalani ujian perubatan bagi tujuan menentukan identiti jantina.
āProses ini ternyata mengganggu, merendahkan, tiada perikemanusiaan dan paling penting tidak perlu dibuat,ā katanya dalam satu kenyataan yang dipetik Malay Mail.
Baca:Ā Jakim Atur Langkah, Jantina Sajat Bakal Terbongkar
Kenyataan pelik itu dibuat oleh gabungan 14 NGO tempatan yang diketahui cenderung kepada amalan liberalisme termasuklah Komuniti Muslim Universal, Justice for Sisters, Sisters in Islam (SIS) dan Trans Men Malaysia.
Tidak jelas diketahui motif NGO berkenaan sama ada mahu membela gerakan LGBT terkutuk atau memartabatkan syiar Islam. Terdahulu, pihak Jakim memaklumkan kini dalam proses bagi mengesahkan jantina sebenar Sajat.
Keputusan dramatik tersebut dibuat selepas wakil mereka iaituĀ Dr. Mohd. Izwan Md. YusofĀ mengadakan pertemuan secara tertutup dengan ‘wanita’ itu pada 16 Januari lepas.Ā āĀ MYNEWSHUB.CC/AM