Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rizab Antarabangsa BNM US$103.7...

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$103.7 billon...

Wanita Arab Saudi Boleh...

BARU-BARU ini beberapa orang pelajar berkesempatan menggunakan kamera miliknya setelah Arab Saudi memansuhkan...

Chong Wei Pertahan Anugerah...

GEORGE TOWN - Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dinobat...

Bank Rakyat Nafi Kenakan...

KUALA LUMPUR - Bank Rakyat tidak pernah mengenakan sebarang caj kepada pelanggan yang...

Jabatan Kesihatan Serius Tangani Isu Pelajar Merokok

KEPALA BATAS – Jabatan Kesihatan Pulau Pinang akan memberi penekanan terhadap kegiatan menjual rokok kepada pelajar dan remaja bawah umur dalam operasi yang dijalankan secara berperingkat di seluruh negeri.

Pengarahnya Dr Wan Mansor Hamzah berkata langkah itu diambil berikutan peningkatan trend merokok dalam kalangan pelajar yang dilihat semakin membimbangkan, terutama pada luar waktu persekolahan.

Beliau berkata berdasarkan pemantauan dijalankan sebelum ini, kebanyakan pelajar cenderung mendapatkan bekalan rokok melalui kedai runcit yang berada di sekitar sekolah mereka.

“Kami sudah mengenal pasti beberapa kedai yang terlibat menjual rokok kepada mereka bawah 18 tahun ini, rata-rata adalah premis yang berada hampir dengan kawasan sekolah dan menjualnya dalam bentuk sebatang-sebatang.

“Jadi pada tahun ini, kami akan meningkatkan operasi terhadap kedai berhampiran kawasan sekolah dan sekiranya dikesan premis terlibat dan berjaya lakukan tangkapan, tindakan mahkamah akan diambil serta-merta mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Harga Jualan Rokok di sini, hari ini.

Dr Wan Mansor berkata bahagian penguatkuasaan akan melakukan risikan bagi memantau pergerakan pelajar sekolah sebelum tindakan diambil terhadap kedai yang didapati terlibat.


“Gejala merokok dalam kalangan pelajar ini merupakan isu yang ditekankan kementerian dan penguatkuasaan yang kami jalankan ini lebih kepada mengekang usaha pelajar mendapatkan bekalan rokok dengan mudah,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata dalam operasi yang diadakan sejak semalam, sebanyak 15 premis perniagaan telah dikompaun RM10,136 kerana kesalahan menjual rokok pada bawah harga minima serta tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.

Katanya sebanyak 1,000 kotak rokok turut disita dalam operasi yang melibatkan 92 penguat kuasa di seluruh negeri itu. – BERNAMA

Kategori