HANYA kerana menghadiri sebuah program bertujuan untuk beri inspirasi kepada gadis usia muda serta pendangan bagi memperkasakan kaum wanita, pelakon cantik Farah Nabilah kini ‘tersepit’.
Pelakon drama rantaian hit Titian Cinta itu ‘tersepit’ apabila ada peeminat tersalah anggap tujuannya pada majlis pelancaran Sahabat Puteri Barisan Nasional (BN) yang dinamakan AZALEA 2018 di ibu negara baru-baru ini.
Peminat membuat dakwaann kononnya Farah kini sedang berjinak-jinak dalam dunia politik serta disebabkan tidak mahu tujuannya itu disalah anggap, Farah segera menjelaskan perkara tersebut.
“Sebenarnya, perkara begini iaitu hal politik adalah hak kita. Kehadiran saya pada majlis itu baru-baru ini adalah suatu pengalaman.
“Sebelum ini, saya tak pernah sertai mana-mana acara sebegitu. Jadi, sekarang selepas apa yang berlaku, saya akan cuba elak dan menjaga hati semua pihak.
“Namun, jika saya dijemput ke majlis anjuran kerajaan dan tidak ada kena mengena dengan politik, sudah semestinya saya hadir,” katanya dipetik daripada BH Online.
Bagaimanapun, Farah telah menegaskan bahawa dia tidak akan menerima apa-apa undangan bagi program anjuran mana-mana parti politik kerana tidak mahu isu seperti itu berulang kembali ke atas dirinya.
Ketika majlis tersebut, Farah telah menjadi wakil bagi membincangkan isu untuk memperkasakan lagi kaum wanita serta memberi inspirasi kepada golongan muda.
Menurut pelakon berusia 26 tahun itu, dia berasa agak terkejut dengan dakwaan berkenaan apabila ada peminat yang bertanyakan kepadanya tentang hal itu.
“Apabila saya memberi penjelasan, barulah mereka faham,” tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, selain itu baru-baru ini Farah telah dikecam oleh penonton selepas dia menjadi juri bagi program Bintang Bersama Bintang (BBB) pada Ahad lalu.
Menurut netizen, Farah telah memberi komen yang tidak ikhlas selain mimik mukanya yang sombong serta berlagak bagaikan seorang diva.
Bagaimanapun, pelakon yang mula melibatkan diri selepas menjuarai Program Pencarian Wajah Aurawhite (PWA) pada tahun 2015 itu telah menjelaskan sebab utama wajahnya agak tidak ceria pada malam itu.
“Minta maaf jika komen saya terlalu negatif ke terlalu diva ke terlalu berlagak ke? Saya komen yang ikhlas saja. Tidak boleh terima takpe. Lagi pun hari ini first day PMS. Silap la,” tulisnya di insta story dekat Instagram miliknya malam itu.
Farah telah dijemput menjadi juri undangan di samping pelawak Saiful Apek sebagai juri tetap.
Bagi mereka, Farah seperti tidak mahu ketawa dan tidak faham dengan lawak yang dibuat oleh kesemua peserta.
Oleh itu, disebabkan tidak mahu ada perbalahan ataupun komen negatif yang ditinggalkan oleh netizen, Farah mengambil keputusan untuk menutp ruangan komen pada gambarnya bersama dengan Apek.
“Saya tutup komen sebab tidak mahu korang buat dosa free. Bukan takut pun,” katanya lagi.
Biasalah tu kalau dah namanya manusia, pasti akan ada satu ketika yang mana dia berasa tak ada mood.
Lagi-lagi kalau perempuan tu tengah datang bulan… Lagi pelik lah perangainya dan kita ni sebagai seorang manusia, tak akan pernah lari daripada buat silap. – MYNEWSHUB.CC/AH