Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

6 Terbunuh Dalam Letupan...

KABUL – Dua letupan bom di sebuah sekolah pelajar lelaki di ibu negara...

Romli Terus Gigih Perjuangkan...

HANYA tinggal lebih kurang dua bulan sahaja lagi sebelum Tahun Melawat Malaysia 2014...

Menteri Luar ASEAN Mulakan...

KUALA LUMPUR - Menteri-menteri Luar ASEAN memulakan mesyuarat peringkat tinggi pagi ini bagi...

Pembangunan Sabah Terjejas Semasa...

KOTA KINABALU - Agenda pembangunan Sabah terjejas semasa pemimpin Warisan, Mohd Shafie Apdal...

Jadual Makin Padat, Tauke Gembira Isteri Faham Situasi

KALAU pengantin baharu yang lain, selesai sahaja majlis perkahwinan, pasti laju sahaja mereka ‘terbang’ ke lokasi bulan madu.

Baca: Tauke Sah Bergelar Suami, Mohon Doakan Bahagia

Juga: Baru Kahwin, Tauke Lancar Produk ‘Ubat Kuat’

Tapi bagi pelawak Tauke Jambu, dia dan isterinya, Nadia Mohd Afendi terpaksa menangguhkan rancangan untuk berbulan madu kerana jadual kerja sangat padat sejak majlis pernikahan mereka pada 9 Disember tahun lalu.

“Kalau pasangan lain sudah tentu mereka akan teruja untuk berbulan madu tapi saya ini masih tak sempat lagi buat masa ini. Kebetulan pula selepas nikah bulan lepas rezeki kerja agak padat.

“Jadi belum ada ruang untuk kami rancang bercuti lagi. Saya rasa sedih juga sebab sejak majlis resepsi kami itu, saya tak sempat lagi luang masa betul-betul dengan isteri.

“Mujurlah dia memahami,” kata Tauke dipetik daripada mStar Online.

Tambah Tauke, dia berasa sangat beruntung kerana isterinya itu sentiasa sudi untuk menemaninya dalam menyelesaikan urusan kerja.

Tambahan lagi, mereka sudah bernikah jadi Tauke pun tak ada rasa segan silu untuk membawa isteri kesayangannya itu untuk kemana-mana.

Terdahulu, Tauke atau nama sebenanrnya Zamratul Amri Zakaria telah hidup ‘membujang’ selama lima tahun sejak bercerai bersama isterinya yang terdahulu.

Perkahwinnya bersama Nadia merupakan perkahwinan kali keempat dan Tauke mempunyai enam anak hasil perkahwinannya tiga tahun yang lalu.

Dalam perkembangan terbaharu, Tauke sedang dalam penggambaran bagi rakaman sitkom Mamu Mami Gosip yang merupakan syarikat produksi pelakon Fasha Sandha.

Mereka mula sibuk sejak Disember lalu hingga kini dan ianya salah satu sebab mengapa pelawak berkenaan terpaksa menangguhkan rancangan berbulan madunya.


“Bukan tak mahu (berbulan madu) tapi kebetulan pula rezeki untuk buat sitkom datang selepas saya bernikah. Saya salah seorang watak utama sitkom ini jadi keutamaan dan peluang ini perlu saya selesaikan dulu.

“Rakaman sitkom ini pula hari-hari jadi kena tangguh dululah percutian saya dan isteri. Tapi dia (isteri) teman dan datang ke set pada kebanyakan masa jadi dapatlah kami curi-curi luang masa bersama,” ujarnya lagi.

Selain itu, tauke turut memberitahu bahawa mereka sudah mempunyai beberapa lokasi pulau pilihan serta tarikh tertentu yang masih belum di tetapkan.

“Kami ada berbincang dan kalau boleh saya nak cari pantai dan laut tapi tak adalah jauh-jauh dalam Malaysia saja. Saya teringin nak cuba aktiviti riadah di laut.

“Tapi lepas selesai rakaman sitkom ini saya terlibat dengan program baharu Lawak, Gegar Lawak sebagai salah seorang pembimbing bakat-bakat lawak baharu pula cuma komitmen itu kurang padat.

“Mungkin itulah peluang untuk saya berbulan madu beberapa hari nanti,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Tauke menganggap bahawa perkahwinannya bersama dengan Nadia telah membuatkan dirinya lebih matang dan bertanggungjawab sebagai seorang suami.

“Saya lebih matang sekarang dan saya mahu jaga hubungan kali ini sebaik mungkin. Soal tanggungjawab adalah perkara utama yang saya tekankan,” katanya lagi dengan penuh kegembiraan.

Tauke turut meminta agar peminat dapat mendoakan perkahwinannya kali ini akan berpanjangan dan jika diberikan rezeki, dia mahu mempunyai anak yang ramai. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori