Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pelajar Malaysia Lemas Di...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Malaysia, Muhammad Amirul Ashraf Abdullah, 21, dilaporkan lemas...

Anak Tercicir Atas Landasan...

BEIJING - Kerana terlalu leka bermain telefon bimbit, seorang wanita tidak sedar anak...

Najib Tiba Di Labuan...

LABUAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari...

‘Toyol’ Masjid Diburu Di...

‘TOYOL’ masjid yang giat mencuri barangan berharga milik jemaah dan masjid ketika solat...

Jakim Atur Langkah, Jantina Sajat Bakal Terbongkar

DEBARAN… Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan pihaknya kini dalam proses bagi mengesahkan jantina sebenar pengusaha kosmetik, Nur Sajat selepas pertemuan pada Selasa lalu.

Menurut Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr. Mohd Izwan Md Yusof, penjelasan itu dibuat bagi menjawab persoalan orang ramai berhubung pertemuan itu.

Malahan tambah beliau, pihak Jakim juga bersetuju terhadap beberapa proses yang perlu dilalui oleh Sajat untuk pengesahan identiti usahawan popular tersebut secara rasmi.

Baca: Netizen Anti-Islam Kutuk Jakim ‘Dakwah’ Sajat

Pengasas Kosmetik, Nur Sajat.

“Proses ini akan mengambil masa panjang kerana ia melibatkan banyak pihak. Dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum,” tulisnya dalam satu kenyataan di Facebook petang Jumaat.

Jelas beliau lagi, keputusan tersebut hanya akan diumumkan selepas segala proses berkenaan selesai dan disahkan oleh sekumpulan panel pakar kajian syariah yang diurus setia oleh pihak Jakim.

Menerusi entri itu juga, Mohd Izwan dilihat turut menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan sebuah video yang kononnya pihak Jakim menelefon seorang individu dan memaklumkan jantina Sajat.


Sebelum ini, Jakim menemui jalan penyelesaian dalam mendapatkan pengesahan mengenai identiti sebenar Sajat selepas mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik itu di Wisma Nur Sajat di Shah Alam.

Difahamkan, hajat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan dengan Sajat ekoran kecaman netizen berhubung isu jantina Sajat. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori