Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Nawawi Tak Terkejut Tun...

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad tidak terperanjat dengan keputusan...

35,136 Pengikrar Derma Organ...

JOHOR BAHRU - Jumlah pengikrar derma organ yang didaftarkan di Johor semakin meningkat...

Rempuhan Amsterdam Tiada Kaitan...

AMSTERDAM - Seorang pemandu ditahan di ibu negara Belanda pada Sabtu selepas kereta...

Lelaki Jepun Gantung Diri...

KAKITANGAN di sebuah hotel bajet di Bintulu, Sarawak digemparkan dengan penemuan mayat seorang...

Jam Tangan Mewah: Tindakan Selepas Kes Rasuah Selesai

BANGKOK – Apa juga tindakan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Jeneral Prawit Wongsuwan yang didakwa memiliki jam tangan mewah akan dilakukan selepas Suruhanjaya Anti Rasuah Negara (NACC) selesai menjalankan siasatan.

Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan-o-cha yang mengulas mengenai perkara itu hari ini menggesa orang ramai supaya bersabar dan menunggu hasil siasatan NACC itu.

“Tunggulah hasil siasatan itu (oleh NACC),” katanya ketika ditanya semasa mesyuarat mingguan kabinet beliau di sini hari ini, tentang kisah yang berlarutan berhubung timbalan beliau yang didakwa memiliki beberapa utas jam tangan mewah.

Menurut Prayuth, beliau perlu mendengar cadangan oleh NACC sebaik sahaja mereka melengkapkan siasatan.

Parti politik yang menentang kerajaan pimpinan tentera itu dan masyarakat sivil menggesa perdana menteri supaya mengambil tindakan terhadap Prawit termasuk memecat beliau.

Kalangan tertentu dalam masyarakat turut menggesa Prayuth untuk menggunakan Perkara 44 yang amat keras untuk memecat Prawit.

Perdana menteri menjawab beliau menggunakan Perkara 44 sebelum ini susulan siasatan oleh agensi yang berkaitan.

Timbalan perdana menteri Thai menjadi perhatian orang ramai dan parti politik sejak tersebar gambar beliau memakai beberapa utas jam tangan mewah serta cincin emas yang tidak diisytiharkan kepada NACC sebelum ini.


Prawit menjelaskan bahawa jam tangan itu kepunyaan beberapa rakannya dan mereka meminjamkan kepadanya sebelum beliau mengembalikannya kepada pemilik asal selepas itu.

Bekas panglima tentera itu turut menawarkan diri untuk melepaskan jawatan dalam kerajaan sekiranya siasatan NACC mendapatinya bersalah.

Sementara itu perdana menteri turut mengulas mengenai insiden pengeboman di pasar pagi di Yala, selatan Thailand semalam, yang mengorbankan tiga orang, dengan berkata tiga suspek telah pun ditahan.

Insiden itu yang berlaku ketika pasar itu sesak dengan pelanggan turut mencederakan 18 orang.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas insiden pengeboman itu. – BERNAMA

Kategori