Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kurang Ajar!! Surau Jadi...

Biadab dan tak ada sivik! Sebuah surau di Taman Seremba Jaya, Fasa 10...

Sultan Perak Dukacita, Terima...

KUALA KANGSAR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima laporan daripada...

8 Universiti Tempatan Capai...

KUALA LUMPUR – Lapan universiti tempatan dianugerahkan penarafan enam bintang (sangat cemerlang), iaitu...

Polis Kesan Sumber Bekalan...

KLANG - Polis sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab membekal bahan bunga api semasa...

“Jangan Jadi Saya Kaunter Pertanyaan” – Erra Fazira

PRIMADONA Malaysia, Erra Fazira mengakui enggan campur tangan dalam urusan berbangkit berkaitan isu peribadi yang melibatkan naib juara Akademi Fantasia ke-8 (AF8), Shahir Zawawi.

Menurut pelakon berusia 44 tahun ini, meskipun mereka berkawan rapat, namun beliau sama sekali tidak pernah mencampuri hal peribadi anak jati kelahiran Perak itu.

Dalam pada itu, Erra menegaskan bahawa persoalan seperti itu adalah lebih baik sekiranya diajukan kepada tuan empunya badan sendiri.

Pelakon, Erra Fazira.

“Memang kami masih berkawan macam biasa namun sepanjang dengan dia saya tidak pernah mencampuri atau ambil pusing mengenai hal peribadinya.

“Jangan jadikan saya macam kaunter pertanyaan untuk apa-apa isu mengenai dirinya kerana apa juga masalah melibatkan dia biarlah dia jawab sendiri,” katanya dipetik mStar Online.

Erra berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Shahir konon masih lagi belum melangsaikan hutang-hutang lama.

Sementara itu ketika ditanya mengenai hubungan status mereka, Erra enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu atas sebab kedudukannya sebagai seorang wanita dan ibu.

“Cukuplah saya katakan kami masih berkawan kerana saya memang tidak ada berkawan dengan lelaki lain pun. Nak cakap lebih pun tak manis sebab saya wanita.

“Untuk lebih lanjut tiada apa yang dapat saya ulas lagi. Selebihnya biarlah dia yang jawab sebab dia lelaki,” katanya.


Penyanyi, Shahir Zawawi.

Dalam perkembangan lain, Erra kini baru sahaja bernaung di bawah syarikat pengurusan artis, MindOrder Management di mana ia bermula pada Januari.

“Selama 25 tahun menceburi bidang seni, ini adalah pertama kali saya bernaung bawah sebuah syarikat pengurusan.

“Saya teruja untuk menyertai mereka kerana beberapa perancangan besar yang disusun untuk kerjaya saya tahun ini.

“Malah, mereka juga membantu dalam penjenamaan dan produk saya,” ujarnya.

Apa-apapun kami di Mynewshub mendoakan yang terbaik buat Erra dan selamat maju jaya dalam apa jua perancang selepas ini. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori