Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

P/Raya Tegempar: Pintu Perbincangan...

PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum diyakinkan dengan tujuan atau...

TMJ Dakwa Annuar Musa...

KENYATAAN Tan Sri Annuar Musa membidas Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan...

PPBM Tidak Akan Mampu...

BIARPUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa mereka adalah parti orang Melayu dan...

El Nino: Isytihar Bukit...

IPOH - Penelitian rapi perlu dibuat sebelum kawasan Bukit Merah kira-kira 90 kilometer...

Jangan Terpengaruh Dengan Kempen #UndiRosak

SEMPORNA – Pengundi di Semporna dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan kempen #UndiRosak, kata pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Beliau menyifatkan kempen itu sebagai satu tindakan tidak wajar dan menafikan hak pengundi memilih kerajaan yang sah dan konsisten membantu rakyat.

“Negara kita aman makmur dengan kerajaan yang begitu prihatin dan mendekati rakyat yang menjadi keutamaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nasir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Senallang berkata demikian selepas menyempurnakan majlis khatam jamaie serta pengenalan program celik al-Quran di sini yang turut dihadiri Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban, hari ini.

Baru-baru ini, kempen #UndiRosak tular di laman sosial oleh kumpulan tertentu dengan mesej agar pengundi tidak perlu keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


Sementara itu, Ramlee yang juga Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah menyifatkan kempen itu sebagai satu tindakan terdesak.

Katanya rakyat Sabah sudah cukup matang menilai sistem demokrasi negara yang adil dan tidak memerlukan kempen untuk menutup hak mengundi mereka.

“Sebenarnya rakyat tidak ambil peduli sangat mengenainya dan hak rakyat adalah untuk keluar mengundi,” katanya. – BERNAMA

Kategori