Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Lelaki Tampar...

SEORANG pemandu lori ditahan kerana menampar seorang doktor yang enggan memberikan cuti sakit...

PRN Johor: MetMalaysia Nasihat...

JOHOR BAHRU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihatkan semua pengundi bagi Pilihan Raya Negeri...

Bantuan RM500 Kepada 120,000...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu...

Institusi Diraja Berhak Kritik...

MARANG - Institusi diraja berhak memberikan pandangan termasuk mengkritik kerajaan Pakatan Harapan (PH)...

Jari Kaki Disambung Ke Tangan Kanak-Kanak Kudung

BUAT pertama kalinya, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang kehilangan semua jari tangannya kini mampu memegang pen, selepas doktor memindahkan jari kaki ke tangan.

Virendra Singh, dari Delhi, kini menggunakan dua jari kakinya yang disambungkan di tangan kanannya selepas menjalani pembedahan. Dia menjadi kudung selepas terkena renjatan elektrik.

Pembedahan yang amat rumit dan mengambil masa selama 10 jam itu juga akan membolehkan Virendra berjalan seperti biasa meskipun dua jari kakinya telah tiada.

Prosedur berkenaan dijalankan oleh Dr. Amita, dengan menjadikan kes seorang remaja di Australia, Zac Mitchell, 20, yang telah menjalani pembedahan memindahkan jari kaki ke tangan, pada April tahun lepas, sebagai rujukan.

Virendra kini tidak sabar lagi untuk menggunakan tangannya itu namun dia perlu menjalani rawatan fisioterapi terlebih dahulu.


Kanak-kanak terbabit terkena renjatan elektrik tiga tahun lalu selepas dia memasukkan tangannya ke dalam bekas air yang mempunyai wayar eletrik.

Kedua-dua tangannya mengalami kecederaan yang parah hingga mengalami gangrene. Ia memaksa doktor memotong tangannya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori