Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perikatan Nasional Tubuh Sekretariat...

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) akan menubuhkan sekretariat membabitkan semua setiausaha agung...

Pengeluaran Myvi Baharu Terjejas...

KUALA LUMPUR – Pengeluaran Myvi baharu yang juga model paling laris Perusahaan Otomobil...

Landasan Lapangan Terbang Sandakan...

SANDAKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan landasan Lapangan Terbang...

Tercalar Bentley, Penjual Sayur...

BEIJING - Seorang penjual sayur di wilayah Shandong, China yang menunggang motosikal roda...

JBPM Kedah Wujudkan Pasukan Khas Kendali Ular

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah akan mewujudkan pasukan khas di setiap balai bomba bagi mengendali haiwan berbisa terutamanya ular yang mencatatkan banyak kes pada tahun lepas.

Pengarahnya Abdul Razak Muda berkata sebanyak 1,129 kes tangkapan ular pelbagai spesies diterima tahun lepas melibatkan spesies tedung selar, tedung senduk dan sawa di daerah Alor Setar, Sungai Petani serta Langkawi.

“Panggilan kes berkaitan ular ini semakin meningkat terutamanya di kawasan perumahan yang berhampiran hutan dan sawah padi. Jadi, kita mengambil inisiatif untuk mewujudkan pasukan khas bagi menangkap dan menyimpan ular-ular berbisa dan besar ini.

“Tenaga pengajar akan dipanggil untuk mengajar dan melatih anggota kita bagaimana hendak menangkap ular dengan menggunakan peralatan mahupun tanpa peralatan. Selain itu, mereka juga akan diajar cara untuk menyimpan ular yang telah berjaya ditangkap,” katanya selepas majlis perbarisan jabatan itu bagi tahun ini di sini hari ini.

Abdul Razak berkata beberapa anggota dari setiap balai bomba akan dipilih untuk berada dalam pasukan khas berkenaan namun pengetahuan asas cara untuk mengendali ular itu akan diterapkan kepada semua anggota bomba.

Beliau berkata pada peringkat permulaan, pasukan bomba dari balai Alor Setar, Sungai Petani, Jitra dan Langkawi akan diberi penekanan terlebih dahulu kerana mereka berada dalam kategori berisiko tinggi menerima panggilan berhubung kes ular ini.

“Kita sediakan kelengkapan peralatan menangkap ular ini di balai-balai yang terpilih selain akan menyediakan sangkar ular bagi menempatkan antara dua dan tiga ekor ular yang akan digunakan untuk memberi kesedaran orang awam berkaitan binatang berbisa ini,” katanya.


Sementara itu, katanya dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) baharu yang mula dibina di Kedah pada 2016 dan 2017 dijangka siap serta beroperasi selewat-selewatnya April ini manakala satu lagi balai bomba baharu itu telah pun beroperasi sejak awal Januari.

“Setakat ini, BBP Aman Jaya di Sungai Petani sudah siap sepenuhnya. Malah, BBP kategori C itu telah mula beroperasi untuk melakukan tugas pemadaman dan penyelamatan di kawasan itu sejak awal Januari ini.

“BBP Pokok Sena dan Pendang yang masing-masing siap 86 dan 87 peratus juga dijangka beroperasi sepenuhnya April ini,” katanya – BERNAMA

Kategori