Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Kenyataan Majlis Raja-Raja Tentang...

ALOR SETAR - Kenyataan oleh Majlis Raja-Raja tentang siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad...

Parlimen Jadi Sasaran Suspek...

KUALA LUMPUR - Bangunan Parlimen merupakan antara bangunan yang menjadi sasaran 12 suspek...

UMNO Tidak Pernah Ketepikan...

KUALA PILAH - Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyangkal dakwaan...

Imigresen Bongkar Aktiviti `Kalungan...

KUALA LUMPUR - Serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) keatas sebuah pusat hiburan kelab...

JBPM Kelantan Kesan 8 Unsur Khianat Cetus Kebakaran

TUMPAT – Lapan daripada 1,147 kes kebakaran yang berlaku di negeri ini tahun lepas dikesan berpunca daripada unsur khianat, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Nazili Mahmood.

Nazili berkata ia merangkumi tiga kes perbuatan khianat membakar rumah kedai, dua kes kebakaran kenderaan dan tiga rumah kediaman.

“Unsur khianat itu dikesan hasil Unit Forensik JBPM yang mempunyai kepakaran untuk mengetahui punca sebenar kebakaran.

“Malah, dengan adanya kemudahan makmal membolehkan punca kebakaran dapat diketahui dengan lebih cepat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perbarisan Tahunan 2018 JBPM Kelantan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Nazili berkata sebanyak RM86.8 juta nilai harta berjaya diselamatkan daripada musnah terbakar sepanjang tahun lepas.


Bagaimanapun, beliau berkata dalam tempoh yang sama, sebanyak RM23 juta kerugian dilaporkan akibat kebakaran.

JBPM Kelantan turut merekodkan lima panggilan palsu pada tahun lepas, katanya. – BERNAMA

Kategori