Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

PBB Gesa Pilihan Raya...

BEIRUT- Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Syria menggesa negara itu mengadakan pilihan...

Angin Kencang, Laut Gelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang timur laut dan laut bergelora dijangka berlaku di...

Rindu Berniaga, Waris Jual...

PENYANYI Waris mengakui dia dan rakannya bersama-sama berniaga air di bazar Ramadan yang...

Teruk Dibelasah JDT, Norizam...

Kuala Lumpur: Kekalahan mengaibkan sehingga 10-0 dengan agregat penuh 15-1 boleh dielakkan jika...

Jentera Parti Diminta Terus Jejaki Pengundi

REMBAU — Semua jentera UMNO diminta melipatgandakan usaha untuk mengesan pengundi-pengundi yang belum dapat dijejaki, sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU), kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata keutamaan harus diberikan kepada pengundi putih, iaitu pengundi yang menyokong parti UMNO dan Barisan Nasional, dan memastikan mereka keluar mengundi.

“Masih ada pengundi yang belum dapat dijejaki dan keutamaan kita adalah untuk memastikan bahawa kita dapat berjumpa dan untuk mendekati mereka sebelum PRU.

“Pengundi-pengundi yang sudah dikesan, kita nak pastikan mereka terus kekal dengan kita bagi memastikan kemenangan kita dalam PRU,” katanya kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra Wanita Bersama Pemimpin di sini hari ini.

Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri Kota Datuk Seri Awaluddin Said.


Terdahulu dalam ucapannya, Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau merangkap Menteri Belia dan Sukan berkata sayap Wanita dalam UMNO memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha menjejaki pengundi.

“Tanpa Wanita, UMNO tidak akan menjadi kuat kerana Wanita lah yang akan membantu untuk mengumpulkan orang melalui program yang dianjurkan dan menyampaikan mesej penting untuk rakyat,” katanya. — BERNAMA

Kategori