SETIAP masjid yang dibina pasti akan dilanda badai sehingga ada yang terpaksa memutuskan untuk bercerai kerana tak mampu untuk menanggung ‘ombak’ yang melanda.
Bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pelakon Datuk Adi Putra apabila dia sekali lagi selamat bernikah dengan bekas isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, 43, semalam.
Dalam masa yang sama, Adi turut memuat naik gambar bersama dengan isterinya di laman Instagram dan mengucapkaan berbanyak terima kasih kepada para tetamu yang hadir pada majlis pernikahan itu.
Adi turut melahirkan rasa terharu atas perkahwinan itu serta turut memohon agar perkahwinannya kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat mereka.
“Syukur pada Allah dan terima kasih kepada yang hadir dan mendoakan saya dan Aida. Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama sebagai ummah,” tulisnya.
Sebagai rakan baik, Datuk Nurulhidayah yang merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut berkongsi rasa gembira atas pernikahan itu dengan memuat naik gambar Adi sedang menyarungkan cincin dengan caption yang melucukan.
Para peminat turut tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniahserta berasa amat gembira atas penyatuan itu dan juga mendoakan mereka.
Sebelum ini, Adi dan pasangan pernah bernikah pada 14 April 2006 lalu dan telah mengambil seorang anak angkat, Zara Adelia, 6, kerana hasil perkawinan itu mereka tidak dikurniakan anak.
Seterusnya, pelakon drama Cinta Si Wedding Planner itu turut telah mengambil keputusan untuk berpoligami dan bernikah dengan Norshahida Dzolkifly, 34, pada 20 Jun 2016 lalu.
Walaupun tidak diketahui statusnya bersama dengan isteri kedua, namun Adi telah mengeluarkan keyataan di akaun Instagramnya pada 23 Mac lalu bahawa dia dengan Norshahida sudah tidak mempunyai apa-apa ikatan.
Bagaimanapun, diharapkan semoga perkahwinan kali kedua ini akan memberi penuh rahmat dan barakah kepada Adi dan isteri serta mudah-mudahan segala urusan mereka dipermudahkan oleh-Nya. – MYNEWSHUB.CC / AH