Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

APMM Tahan Bot Nelayan...

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan tempatan...

Lawatan Anwar Ke i-City...

SHAH ALAM - Lawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Penjual Ikan Cedera Ditetak...

GEORGE TOWN - Seorang penjual ikan cedera selepas ditetak dua lelaki tidak dikenali...

Jadi Rebutan China Dan...

MALDIVES, negara kepulauan kecil di Lautan Hindi hari ini mengadakan pilihan raya, yang...

Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Kekal 284 Orang

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Pahang, iaitu Pekan dan Raub kekal 284 orang daripada 76 keluarga, pagi ini.

Menurut portal InfoBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pekan mencatatkan 254 orang mangsa daripada 67 keluarga yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS).

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Temai menempatkan seramai 93 mangsa, Pusat Pemindahan Banjir Kampung Pulau Manis (75 orang), Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (39 orang), SK Acheh (sembilan orang) dan Pusat Pemindahan Banjir Kampung Lamir (38 orang).

Di Raub, seramai 30 mangsa daripada sembilan keluarga masih ditempatkan di Masjid Kampung Kuala Semantan. – BERNAMA

Kategori