Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Meninggal Dunia Dalam Sujud...

Kuala Lumpur : Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meninggal...

Lelaki Hilang Ketika Memukat...

BIDOR : Seorang lelaki ditemui lemas selepas dilaporkan hilang semalam di sebuah lombong...

Remy Ishak Buat Laporan...

KUALA LUMPUR: Pelakon, Remy Ishak membuat laporan polis selepas mendakwa diugut oleh seorang...

Ramesh Rao Dipanggil Ke...

PEMILIK akaun Twitter yang mendakwa hakim kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd...

Jumlah Mangsa Banjir Di Segamat Kini 38 Orang

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di Segamat meningkat sedikit kepada 38 orang daripada 11 keluarga pagi ini berbanding 34 orang daripada sembilan keluarga petang semalam, yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara di daerah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata setakat 8 pagi ini, seramai 28 orang daripada tujuh keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Mensudut Lama.

“Kesemua mereka melibatkan 14 lelaki dan wanita, 12 kanak-kanak serta dua bayi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ayub berkata seramai 10 orang daripada empat keluarga melibatkan enam lelaki dan wanita serta empat kanak-kanak ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Balai Badang.


Beliau berkata keadaan cuaca di Segamat buat masa ini mendung dan pemantauan di kawasan terbabit sedang dilakukan berterusan oleh pelbagai agensi dan pejabat daerah. – BERNAMA

Kategori