Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

PRN Melaka: ‘Post Mortem’...

SEREMBAN – Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Barisan Nasional (BN), Datuk Seri...

Putus Dengan Lelaki Muslim,...

BEIJING – Aktres dan model ternama dari China, Zhang Ziyi, 36 tahun; mengakui...

Perhimpunan #TangkapAzamBaki: 6 Jalan...

KUALA LUMPUR – Polis akan melaksanakan penutupan enam jalan utama di ibu negara...

Bekalan Kelapa Di Terengganu...

DUNGUN - Meskipun kelapa parut dan santan mendapat permintaan tinggi pada bulan Ramadan...

Jurujual Dipenjara Curi Beg Tangan Mewah RM50,000

PETALING JAYA – Bahana mencuri sembilan beg berjenama mewah bernilai RM50,000 milik majikannya, seorang jurujual wanita hari ini dihukum penjara sebulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Nur Shahirah Abdul Salim menjatuhi hukuman itu terhadap Nur Idayu Abdul Fattah, 30, selepas dia mengaku bersalah mencuri sembilan beg pelbagai berjenama termasuk Dior dan Givenchy milik butik Gorgeous Luxury di Jalan PJS 15/88, Subang Jaya, di sini pada 11 pagi, 16 Jan lepas.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini dan penjara dua bulan lagi sekiranya gagal membayar denda itu.

Sejurus hukuman dijatuhkan, Nur Idayu, yang berada dalam kandang tertuduh, menangis teresak-esak sambil memerhati ke arah ibunya di galeri awam.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan sama di masa akan datang.


Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Datin Raj Preet Kaur memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya perlu menanggung ibu dan tiga adiknya yang masih bersekolah.

“Ibu tertuduh merupakan seorang ibu tunggal dan hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Saya pohon mahkamah dapat meringankan hukuman terhadap anak guam saya,” katanya. – BERNAMA

Kategori