Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kalau Mekanik Rupa Camni.....

Kalau nak tengok kaum hawa bekerja di bengkel kenderaan, rasanya memang jarang sangat. Jika...

Geng 36 Dan Geng...

Johor Bahru - Sindiket dadah terbesar yang ditumpaskan polis di Labis dan sekitar...

Testimoni Pil Gugur Bayi...

JIKA sebelum ini, masyarakat pernah digemparkan dengan isu penjualan pil gugur bayi menerusi...

Indonesia Tingkat Kawalan Ancaman...

HANOI - Polis Indonesia meningkatkan langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan serangan militan yang menyasarkan...

Jurulatih Bola Sepak Direman Bantu Siasatan Kes Rasuah

SEREMBAN – Seorang ketua jurulatih bola sepak sebuah pasukan tempatan di Negeri Sembilan direman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah pada November tahun lepas.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Rahimah Rahim hari ini selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa SPRM Negeri Sembilan Mohd Khairi Abdul Karim.

Semalam, ketua jurulatih berusia 40-an itu ditahan di sebuah lokasi di negeri ini kerana disyaki memberi wang rasuah kepada pemain pasukannya sebagai balasan memastikan kemenangan sebuah pasukan lain dalam Kejohanan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) zon selatan, 25 Nov lepas.

Terdahulu, lelaki berkenaan hadir di Mahkamah Khas (Reman) di sini pada 10 pagi menaiki kenderaan SPRM.


Turut hadir peguam mewakilinya Aina Nadirah Mohd Yusof. – BERNAMA

Kategori