Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tak Reti Isi Minyak,...

KUALA LUMPUR - Gara-gara perkongsian melalui Instagram (IG) Story mengenai insiden tidak tahu...

2 Peniaga Gagal Turun...

KUALA KANGSAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Perak...

Industri Telekomunikasi Digesa Main...

KUALA LUMPUR - Industri pemberi perkhidmatan telekomunikasi digesa memainkan peranan seiring dengan kerajaan...

Ancaman ‘Paru-Paru Berair’ Pesakit...

Artikel ini bersempena Hari Radang Paru-Paru (Hari Pneumonia) yang disambut pada 12 Nov...

Jururawat Persenda Pesakit Tenat Dikecam

MEMALUKAN… Seorang jururawat kini disiasat oleh pihak berkuasa Rusia selepas memuat naik gambar di media sosial dengan kapsyen mempersendakan pesakit yang sedang tenat.

Gambar berkenaan menerima kecaman ramai kerana tindakannya yang menyalahguna media sosial bagi tujuan yang tidak wajar, menjijikkan dan memalukan.

Ia melibatkan jururawat bernama Anna Kim yang menggunakan cara kejam bagi memaparkan pesakit tersebut yang telah tua dan memerlukan pemakaian lampin.

Anna turut menuduh doktor-doktor di hospital itu hanya menolong pesakit yang mahu mereka bantu sahaja.

“Jika mereka tidak mahu membantu, habislah anda. Mereka tidak peduli sama ada pesakit itu mengalami tekanan darah rendah yang melampau,” demikian tulis Anna.


Walaupun Anna memuat naik gambar itu dengan pesakit yang sedang tenat, namun dia tidak dipecat.

Ini bukan kes yang pertama di Rusia sebaliknya sebelum ini beberapa kes yang sama telah berlaku melibatkan kakitangan perubatan di negara itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori