Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Suhakam Buat Siasatan Kehilangan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan mengadakan siasatan awam berhubung...

Bauksit Mungkin Masih Dilombong...

KUANTAN - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi...

Persoal Kes Remaja Basikal,...

JOHOR BAHRU - DAP Johor menyelar peguam, Zulkifli Noordin kerana mempersoalkan adakah seorang...

J/kuasa K’jaan Negeri &...

KOTA BAHARU - Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini diberitahu beberapa langkah...

Kahwini Wanita Tua Demi Wang, Kereta Ferrari

PADA zaman kini, kecantikan dan usia kadangkala mungkin tidak lagi dipandang. Sebaliknya apa yang lebih didambakan ialah duit dan harta yang banyak.

Sememangnya ada juga pasangan yang terlalu berbeza usia dan rupa tetapi mereka benar-benar mencintai antara satu sama lain dengan ikhlas.

Bagaimanapun di China, seorang lelaki muda berusia 23 tahun telah mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini seorang wanita berusia 38 tahun.

Kisah pengantin lelaki ini dan pasangannya yang berbeza umur 15 tahun menjadi buah mulut masyarakat kerana ramai yang beranggapan dia hanya mahukan wang dan harta isterinya.

Perkahwinan mereka berlangsung di sebuah rumah di bandar Qionghai, Hainan pada 9 Januari lalu.

Menurut media sana, lelaki muda itu mengambil tanggungjawab mengahwini wanita tersebut selepas menghamilkannya.


Pengantin perempuan dikatakan hanya setahun lebih muda daripada ibunya dan mempunyai anak lelaki berusia 14 tahun.

Pada mulanya ibu bapa pengantin lelaki dikatakan tidak bersetuju dan menentang perkahwinan mereka, namun akhirnya mereka bersetuju selepas pengantin perempuan menawarkan ‘tawaran’ yang serba serbi mewah.

Wanita itu menghadiahkan 660,000 yuan (RM406,769) dalam bentuk wang tunai, lot hartanah dan kereta sport Ferrari yang dianggarkan bernilai 5,000,000 yuan (RM3,080,224).

Dalam satu video yang tular, pasangan itu dilihat menaiki Ferrari sambil melambai-lambai ke arah tetamu.

Sememangnya salah satu cara singkat untuk hidup senang ialah mengahwini orang kaya. Namun hakikatnya, kekayaan tidak semestinya menjanjikan sebuah kebahagiaan – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • China

Kategori