Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Harga Maksimum Runcit Ayam...

KUALA LUMPUR: Harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga...

Enam Calon Warisan Bakal...

PETALING JAYA : Keyakinan Parti Warisan (Warisan) yang menjangka akan menang semua atau...

PSP Ditangguh, Harga Petrol...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) mulai Januari ini ditangguhkan sehingga...

Tubuh Badan Khas Untuk...

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak bercadang untuk menubuhkan...

Impak Pemisah Laluan Basikal Diketahui Sebulan

KUALA LUMPUR – Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) akan melaksanakan kajian impak selama sebulan berkenaan pemisah laluan basikal di pusat bandar berikutan dakwaan alat tersebut mengundang bahaya kepada penunggang motosikal.

Pemangku Ketua Pengarah MIROS Dr Siti Zaharah Ishak berkata agensinya telah berjumpa dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi meneliti perkara itu.

“Daripada awal kita memang tidak terlibat langsung dengan pelaksanaannya kerana kebanyakan pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai pasukan yang memang pakar.

“Tapi kejadian ini melibatkan keselamatan jalan raya, jadi MIROS akan terlibat. Dalam kajian itu kita akan lihat lebih lanjut dalam aspek kejuruteraan jalan raya, cuaca dan juga bahan,” katanya kepada pemberita selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2018 di Hentian Rehat dan Rawat (Hala Selatan) Sungai Besi hari ini.

Pada 22 Jan lepas, DBKL telah membuka semula pemisah laluan basikal di laluan basikal sepanjang 11.9 kilometer ā€‹ā€‹ā€‹ā€‹ā€‹ā€‹di pusat bandar itu berikutan ia didakwa mengundang bahaya kepada penunggang motosikal.


ā€‹ā€‹ā€‹Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL Datuk Mahadi Che Ngah berkata pemasangan pemisah laluan basikal yang dibuat sebelum ini, adalah mengikut piawaian antarabangsa seperti diguna pakai di negara-negara lain.

ā€‹ā€‹ā€‹ā€‹Baru-baru ini, gambar kemalangan penunggang motosikal berhampiran laluan basikal itu tular dalam media sosial dan ia menimbulkan pelbagai persoalan daripada netizen tentang kewajaran projek tersebut. – BERNAMA

Kategori