Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Kutuk Tindakan Israel...

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa, kata Perdana...

Che Ta Raya Sakan,...

WAH... untung sungguhlah insan yang bergelar Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che...

Anjing Gila : Apa...

BARU-baru ini kita dikejutkan dengan berita kematian 5 orang penduduk di Sarawak yang...

Karl Shafek Dan Ajak...

AGAK terkejut kami mendengar berita kemalangan yang menimpa pelakon dan pengacara Karl Shafek,...

Kakitangan Awam Teruja Bayi Terima ADAM50

PUTRAJAYA – Seorang kakitangan awam tidak menyangka bayinya yang dilahirkan seminggu lebih awal dari tarikh jangkaan merupakan antara 10 bayi tahun baharu penerima terawal sijil Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) di Hospital Putrajaya di sini, hari ini.

Wanita tersebut Herlina Hasril, 33, yang kelihatan teruja ketika ditemui pihak media berkata, bayi lelakinya seberat 3.4kg dilahirkan pada 7.35 pagi tadi.

Beliau yang tinggal di Presint 8, di sini, berkata sijil ADAM50 bernilai RM200 itu akan digunakan sebagai pelaburan awal bagi pembiayaan pendidikan tinggi anak keduanya itu dan bercadang untuk menambah tabungan dari semasa ke semasa serta membuka pelaburan untuk anak pertamanya

Hamper disampaikan Naib Presiden Jabatan Operasi Unit Amanah dan Pentadbiran Rekod Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Mohd Azuddin Sham Abdullah.

Seorang lagi ibu, Wan Siti Aisyah Wan Abdul Rahman, 29, bersyukur bayi lelakinya yang dilahirkan pada 11.20 pagi tadi turut menerima sijil ADAM50.

Guru Pusat Anak Permata Negara itu berkata beliau juga tidak menyangka anak keduanya itu akan menerima sijil tersebut memandangkan bayi seberat 3.18kg berkenaan pada awalnya dijangka lahir pada 30 Dis.

“Sijil ADAM50 ini boleh menggalakkan ibu bapa membuat pelaburan awal untuk masa depan anak-anak,” katanya.


Sementara itu, Mohd Azuddin berkata ASNB berharap ibu bapa kepada penerima sijil ADAM50 dapat menerapkan budaya menyimpan dan pengurusan kewangan seawal bayi lagi bagi jaminan masa depan yang lebih selesa untuk anak-anak mereka.

“Ini adalah insentif awal sebagai pemangkin untuk mereka terus menabung secara berkala,” katanya.

ADAM50 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2018 bertujuan menjamin masa depan generasi Transformasi 2050 (TN50) melibatkan dua tabung iaitu Amanah Saham (ASB) bagi bayi Bumiputera dan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera. – BERNAMA

Kategori