Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Manogaran Sengaja Cari Pasal...

KESAL... Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob persoal tindakan M. Manogaran memakai baju berlogo...

Individu Serang Anggota Polis...

ALOR SETAR - Seorang individu yang melepaskan tembakan kepada anggota polis maut ditembak...

Sebab Bengang, Gadis Curah...

MPUMALANGA, Afrika Selatan – Seorang remaja yang berang dengan tindakan teman lelakinya menyebarkan...

Razer Hasilkan Casing Tahan...

RAZER merupakan salah satu jenama besar dalam aksesori komputer.Produk seperti papan kekunci dan...

Kampung Baru Perlu Dipertahan Sambil Dibangun

KUALA LUMPUR – Kampung Baru di sini yang menjangkau usia 118 tahun perlu dibangunkan secara berperingkat seiring dengan kekuatan ekonomi orang Melayu di kawasan itu, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Katanya ini kerana orang Melayu di kawasan itu belum bersedia dan pembangunan secara tergesa-gesa hanya berisiko mengakibatkan tanah bersejarah orang Melayu di ibu negara hilang ke tangan bukan Melayu.

“Bagi mengekalkan status tanah itu milik Melayu, saya sarankan ia perlu dilaksanakan secara berperingkat ataupun kita bangunkan bila ia bersesuaian dengan masa dan keadaan kerana tujuan pembangunan ini juga adalah untuk manfaat orang Melayu.

“Kalau kita nak nilai kita perlu ambil masa, ia tidak boleh dibuat sekarang dan ia memakan masa kerana perkara ini memerlukan kerjasama yang baik daripada pemilik tanah dan penduduk,” katanya semasa ditemui pemberita selepas Program K-Sharing ‘Sirkulasi Kampung Baru 118 Tahun’ di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Johari yang juga Anggota Parlimen Titiwangsa berkata pembangunan di atas tanah berkeluasan kira-kira 9.5 juta kaki persegi dengan anggaran nilai RM130 billion itu perlu juga dilaksanakan kelak kerana Kampung Baru merupakan identiti dan kekuatan orang Melayu di negara ini.

“Pembangunan yang sudah berlaku di Kampung Baru pada masa ini adalah berkonsepkan campuran; ada pejabat, hostel, kedai dan kediaman, jika kita ikut konsep seperti KLCC, kelak ia akan membuatkan tanah ini hilang ekoran dikuasai pelabur luar dan warga lain,” katanya.

Program perkongsian ilmu anjuran Petempatan Tanah Pertanian Melayu (MAS) bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut dihadiri bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Suleiman Mohamed dan Setiausaha Kehormat MAS Kampung Baru Shamsuri Suradi.


Program yang diadakan bersempena ulang tahun MAS Kampung Baru ke-118 tahun itu mengupas mengenai sejarah Kampung Baru dan penubuhan MAS serta membincangkan soal perancangan fizikal dan pengurusan di kawasan itu.

Sementara itu, Dr Suleiman yang pernah memperjuangkan Kampung Baru semasa beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, berkata soal pembangunan kawasan tersebut tidak pernah selesai kerana ia berpunca daripada kelemahan ekonomi dalam kalangan orang Melayu.

“Kita perlulah mempunyai pemikiran ekonomi dalam kehidupan kerana ekonomilah yang akan menentukan dan menaikkan taraf orang Melayu,” katanya.

Beliau mengharapkan entiti Melayu di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur itu yang kini menjadi sebuah kampung Melayu moden dapat dipertahankan selama-lamanya sambil dimajukan secara terbaik. – BERNAMA

Kategori