Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pondan Malaysia Johan Pertandingan...

SEORANG 'wanita' dari Malaysia telah memenangi Pertandingan Ratu Cantik Transeksual Australia 2017, di...

Tak Boleh Bayar Bil...

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) mengumumkan pembayaran bil...

129,000 Penerima Lengkapkan 2...

KUALA LUMPUR - Seramai 129,110 individu dalam negara telah melengkapkan dua dos suntikan...

Gomes Da Rocha Pembunuh...

Brazil – `Pembunuh bersiri’ paling muda di dunia dinobatkan kepada seorang lelaki kejam,...

Kanak-Kanak Mati Dibunuh, Disumbat Dalam Karung

TRAGIS… Dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dan 12 tahun, telah dibunuh dengan kejam sebelum mayat mereka disumbat dalam karung guni serta dibuang ke dalam terusan.

Menurut laporan media India, lebih menyedihkan apabila mereka telah dipukul manakala pita pelekat dililit di seluruh muka kanak-kanak terbabit.

Selain itu, garam juga diletakkan di dalam karung guni berkenaan, untuk menjadikan mayat tersebut cepat reput. Kes ini mengejutkan penduduk berhampiran terusan Sharda, di Uttar Pradesh.

Setakat ini polis masih belum mengesan identiti mayat tersebut dan tidak diketahui bila kanak-kanak malang itu telah dibunuh.

Polis percaya pembunuhan itu dirancang dengan teliti dan tidak meninggalkan sebarang kesan.


“Bedah siasat akan dijalankan. Terdapat tanda di leher dua kanak-kanak tersebut, menunjukkan mereka dicekik sebelum dipukul,’’ kata polis. – MYNEWSHUB.CC

Kategori