SEORANG kanak-kanak berusia 21 bulan maut selepas seorang lelaki yang membunuh diri dengan terjun dari bangunan, telah menghempapnya.
Ketika kejadian, kanak-kanak terbabit sedang berjalan bersama dengan bapanya yang berusia 39 tahun. Kejadian tragis berkenaan berlaku di Ukraine.
Kanak-kanak tersebut meninggal dunia beberapa minit selepas dihempap meskipun pasukan perubatan cuba menyelamatkannya.
Sementara lelaki yang membunuh diri itu dikenali sebagai Yevgeny dan bekerja sebagai pekerja kontrak.
Insiden itu berlaku ketika kanak-kanak terbabit dan keluarganya mengunjungi datuk dan neneknya sempena tahun baru.
Menurut jiran, ibunya, Anna Polishchuk, berlari keluar selepas anaknya ditimpa lelaki terbabit.
“Saya terpaksa menutup tingkap kerana terlalu sedih mendengar jeritan dan raungan Anna. Saya tidak mampu mendengarnya,’’ kata jirannya. – MYNEWSHUB.CC