Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sanggup Menyamar, Demi Bertemu...

TENTU ramai suka membaca coretan dan nukilan bekas wartawan jenayah, Syahril A. Kadir...

SPRM Sambung Reman 3...

PUTRAJAYA - Tempoh reman terhadap tiga individu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan...

Penggiat Industri Perkapalan Mahu...

KUALA LUMPUR - Memandangkan industri perkapalan domestik masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan...

Zaman Negara Ada Syarikat...

KUALA LUMPUR - Zaman ketika mana setiap negara memiliki sebuah syarikat penerbangan nasional...

Kapal Tangki MT Aliya Sari Bawa Diesel Ditahan Lagi

KUALA TERENGGANU – Sebuah kapal tangki dengan muatan 240,000 liter minyak diesel bermutu tinggi bernilai kira-kira RM500,000 ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 9 (DM 9), di sini, semalam.

Timbalan Pengarah Maritim Wilayah Timur (Operasi) Kapten Maritim V. Pannir Selvan berkata kapal dengan nombor pendaftaran MT Aliya Sari itu ditahan bersama lima kru warga Bangladesh, selepas melabuhkan sauh di jeti Pulau Duyong, dekat sini pukul 9.30 pagi.

Katanya empat daripada kru tersebut tidak memiliki sebarang pasport.

“Selain itu, pihak APMM juga mendapati kapal tangki tersebut yang dipercayai dalam perjalanan ke Pulau Redang dari Kuantan telah menunjukkan dokumen membawa minyak yang meragukan, dan bersauh tanpa kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia.

“Kapal itu juga tiada borang pelepasan membawa barang daripada Jabatan Kastam serta nakhoda gagal menunjukkan lesen kebenaran membawa kapal.

“Sehubungan itu, kapal tangki tersebut telah ditahan untuk pemeriksaan lanjut dan akan disiasat oleh Pegawai Penyiasat APMM di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya kepada pemberita pada sidang media di atas kapal itu di sini hari ini.


MT Aliya Sari yang didaftarkan di Pelabuhan Klang pernah ditahan sebelum ini bersama pemiliknya pada tahun 2016 atas kesalahan berlabuh di lokasi tidak sah dan tidak melaporkan ketibaan serta pelepasan kapal kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Sementara itu, beliau berkata kapal dan anak kapal akan ditahan di jeti DM 9 dalam tempoh dua minggu ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Kategori