Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Staf Rayani Air Halau...

MYNEWSHUB tiba seawal jam 8 pagi di ibu pejabat syarikat penerbangan Rayani Air yang...

Agong, Raja Permaisuri Ucap...

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Klinik Desa Ditutup Kerana...

KUALA LUMPUR – Gara-gara mengalami episod aneh yang berulang sejak 2007, sebuah klinik...

Tentukan Sama Ada Pertuduhan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan Mahkamah Tinggi memutuskan sama ada pertuduhan...

Kapten Penerbangan MH122 Buat Keputusan Tepat

KUALA LUMPUR – Kapten dan krew yang mengendalikan penerbangan​​​​​​ ​MH122 Malaysia Airlines membuat keputusan tepat untuk mendapatkan bantuan teknikal dari lapangan terbang terdekat sebelum mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Alice Springs, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kapten Izham Ismail.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, penerbangan ke Kuala Lumpur dari Sydney itu dilencongkan ke Lapangan Terbang Alice Springs, Australia pada 18 Januari selepas mengalami masalah teknikal.

Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima, terdapat bunyi kuat yang didengari dari​​​​​ ​​bahagian kiri enjin, diikuti isyarat amaran yang dipaparkan pada sistem elektronik pemantauan pesawat sebelum kapten meminta krew penerbangan bersedia untuk pendaratan biasa.

“Tiada keadaan kelam-kabut dilaporkan berlaku di dalam kabin. Saya berterima kasih kepada semua krew penerbangan yang menangani situasi itu mengikut peraturan dan dalam keadaan yang tenang. Krew melaksanakan tugas mereka dengan baik, seiring latihan intensif, dalam menguruskan situasi seperti itu. Keselamatan sama sekali tidak dipandang ringan.

“Saya memohon maaf daripada semua pelanggan kami susulan kejadian itu dan saya memahami​​​​​​​ kebimbangan yang telah dialami,” katanya.

Izham berkata, penumpang yang terjejas telah ditempatkan di empat hotel berasingan​​​​​​​berhampiran lapangan terbang itu selain makanan dan pengangkutan turut disediakan kepada mereka.


“Penumpang akan meneruskan perjalanan mereka ke Kuala Lumpur hari ini menggunakan pesawat​​​​​​​ MH148, yang akan berlepas dari Alice Springs pada 5.45 petang dan tiba di Kuala Lumpur pada 9.50 malam hari yang sama.

“Bagi penumpang yang mempunyai penerbangan sambungan, ia juga telah ditempah semula dengan penerbangan tersedia seterusnya ke destinasi mereka,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAB

Kategori