Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pasukan HM4P Dinasihat Pulang...

PETALING JAYA - Pasukan Misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang kini berada...

Pengasas Playboy Hilang Pendengaran...

PENGASAS majalah Playboy, mendiang Hugh Hefner yang meninggal dunia semalam, dikatakan telah mengambil...

Anak Menteri Positif Dadah...

KUALA LUMPUR – Anak menteri yang ditahan dan didapati positif dadah akan didakwa...

Mungkin Ini La Cara...

Untuk Ah Beng ni ada satu perumpamaan yang agak kasar tetapi menepati sikap...

Kastam Melaka Sasar Kutip RM1.96 Bilion Cukai

MELAKA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka menyasarkan kutipan cukai RM1.96 bilion pada tahun ini, kata Pengarahnya Datuk Mohd Noor Yusoff.

Beliau berkata jumlah itu mampu dicapai berdasarkan kejayaan pihaknya mengumpul RM1.93 bilion pada tahun lepas berbanding RM1.58 bilion pada tahun 2016.

“Sehingga Khamis lepas, kami berjaya mengutip lebih RM82 juta berbanding hanya RM44.52 juta dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

“Pencapaian ini terhasil walaupun dalam keadaan ekonomi global yang begitu mencabar. Sehubungan itu, kami akan terus mempergiatkan usaha bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap tanggungjawab membayar cukai,” katanya kepada pemberita pada program ‘Fun Ride’ Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia di sini hari ini.

Program itu dilepaskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan turut dihadiri Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Ghazali Othman.

Seramai 750 peserta dari seluruh negeri ini menyertai program anjuran Persatuan Pegawai Kanan Kastam (Perkasa) yang berlangsung pagi tadi sempena Hari Kastam Sedunia kali ke-36 bagi mengumpul dana yang akan disumbangkan kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia.


Mohd Noor berkata program yang julung kali diadakan itu merupakan program bersejarah yang akan dicatatkan dalam ‘The Malaysia Book of Records’ bagi kategori ‘Largest Simultaneous Charity Ride Event’.

“Program ini yang turut berlangsung serentak di seluruh negara akan melibatkan laluan kayuhan sejauh 21 kilometer bermula dari Wisma Kastam Ayer Keroh dan melalui Lebuhraya SPA sebelum berakhir semula di sini melalui Taman Botanikal, Ayer Keroh,” katanya. – BERNAMA

Kategori