Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

2 Maut, 6 Cedera...

IPOH - Dua maut, enam cedera parah dan tiga cedera ringan dalam kemalangan...

Polis Kepung Rumah Jamal...

PETALING JAYA - Polis telah mengepung rumah pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri...

Larangan Jualan Produk Jus...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengarahkan jualan produk Jus Al Sunnah, Jus Al...

Sekurang-Kurang 11 Pelajar Terkorban...

YANGON: Sekurang-kurang 11 pelajar terkorban dalam serangan udara dan tembakan di sebuah perkampungan...

KE7B Buka Peluang Tawan K2, Polar Hat Trick 2020

KUALA LUMPUR – Permohonan untuk menyertai ekspedisi pendakian K2 dan Polar Hat Trick menyeberangi Kutub Utara, Kutub Selatan dan Greenland Crossing bagi tahun 2020 bakal dibuka dalam masa terdekat ini.

Berita itu dimaklumkan menerusi satu satu entri dalam akaun Facebook Penasihat Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B), Datuk Akmar Hisham Mokhles.

Penasihat Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B), Datuk Akmar Hisham Mokhles.

Menurut Akmar, pemilihan akan dibuat di setiap negeri bermula selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, namun tarikhnya masih belum ditetapkan.

“Seorang daripada setiap negeri akan disenarai pendekkan untuk menyertai proses pemilihan terakhir di mana hanya dua atau tiga calon yang terbaik akan dipilih untuk menyertai ekspedisi pilihan mereka.

“Bagaimanapun, jumlah peserta mungkin akan menjadi lebih banyak, bergantung kepada tajaan yang diterima,” jelas Akmar menerusi perbualan telefon bersama Mynewshub, petang tadi.

Kata Akmar lagi, peserta yang terpilih akan menjalani latihan selama setahun sebagai persiapan untuk ekspedisi tersebut.

Ekspedisi K2 atau Chhogori 2020 ini bakal mencabar kemampuan pendaki; berdiri dengan ketinggian 8,611 meter (28,251 kaki), gunung yang terletak di bahagian Karakoram dari Himalaya antara Pakistan dan Republik Rakyat China ini lebih sulit didaki daripada Gunung Everest kerana cuacanya yang buruk.


Malah, K2 juga lebih tinggi di daerah sekitarnya dibandingkan dengan Everest.

Muhammad Muqharabbin @ Qobin.

Sementara itu, ekspedisi Polar Hat Trick 2018-2020 pula bakal menguji kekuatan mental dan fizikal penjelajahnya menghadapi suhu sejuk ekstrem Kutub Utara, Kutub Selatan dan Greenland yang sejauh 1,300 kilometer dengan menggunakan alatan ski dan sled.

Permohonan kedua-dua ekspedisi ini akan dibuka melalui laman web KE7B pada tarikh yang bakal diumumkan nanti, beserta maklumat yang lebih lanjut mengenai program ini.

Sebelum ini, KE7B telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan kejayaan Muhammad Muqharabbin atau Qobin menakluk ketujuh-tujuh puncak tertinggi di tujuh benua dunia selain berski di Kutub Utara, Kutub Selatan dan juga Gunung Everest.yang membawa gelaran Grand Slam. – MYNEWSHUB.CC

Kategori