Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bantuan Menyeluruh Diumum Esok...

PETALING JAYA - Kerajaan akan mengumumkan bantuan lebih komprehensif di bawah Fasa Pertama...

Penghantar Barang Bawa Ibu...

TINDAKAN seorang penghantar barang di China mendapat perhatian ramai apabila sanggup bawa ibunya yang...

Gempa Bumi: 11 Pelajar...

PUTRAJAYA - Sebanyak 11 dari kesemua 18 pelajar Malaysia di daerah Kumamoto, Jepun...

Shahrir: Kerjasama Dengan UMNO...

Veteran Umno Shahrir Samad mempersoalkan apakah kerjasama dengan Umno dalam kerajaan pusat kini...

Perpaduan Elemen Penting Bentuk Bakal Pemimpin

PAPAR – Keamanan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat amat penting bagi memastikan segala inisiatif kerajaan untuk memberi pendidikan terbaik kepada generasi muda sebagai pemimpin masa depan dapat diteruskan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Rosnah yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata dengan adanya dua elemen berkenaan proses membentuk dan mempersiapkan generasi muda termasuk pelajar untuk menerajui kepimpinan negara akan datang dapat dilaksanakan dengan baik tanpa gangguan.

“Saya percaya kepada kata-kata yang menyebut bahawa ‘untuk melihat masa depan, kita perlu melihat generasi sekarang’,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan peralatan persekolahan kepada 60 pelajar Sekolah Kebangsaan Tanaki di sini hari ini.

Beliau berkata kejayaan membentuk generasi muda hari ini bukan sahaja boleh menjamin negara tidak ketandusan kepimpinan berwibawa malah negara juga akan dipimpin oleh pemimpin yang berupaya melonjakkan pembangunan dan kejayaan negara secara berterusan.

Sementara itu, Rosnah yang juga Anggota Parlimen kawasan Papar berkata konsep pembangunan yang disajikan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk rakyat, termasuk kepada golongan pelajar, tidak bersifat ‘selective’ sebaliknya menyeluruh serta merangkumi setiap kaum, agama, jantina dan umur.


Katanya, konsep itu bagi memastikan tidak ada anak-anak terpinggir daripada mendapat pendidikan dan bantuan sewajarnya daripada kerajaan. – BERNAMA

Kategori