Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Ketua Polis Negara Nafi...

POLIS menafikan tidak mengambil tindakan berhubung aduan pemilik kereta yang dikatakan gagal menuntut...

Bekas Kakitangan Kesatuan Ragbi...

KUALA LUMPUR: Seorang bekas kakitangan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengaku tidak bersalah di...

Petugas Protokol Minta Syed...

SELEPAS kontroversi membabitkan bekas pegawai akhbar sementara Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq...

Bukan Najis, Kepala Ayam...

SEPERTI organ dalaman haiwan yang lain, kepala ayam juga boleh dimakan kerana ia...

Kecoh Drama Culik Bayi Sebab Tak Mampu Bayar Bil

AL KISAH… Polis Kelantan menafikan berlaku kes culik bayi di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ 2), Kota Bharu seperti yang tular melalui aplikasi sembang sosial WhatsApp semalam.

Sebaliknya Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kejadian pukul 9.15 malam berlaku selepas bayi perempuan yang dilahirkan pada 24 Disember lalu, diambil ibu bapanya tanpa kebenaran pihak hospital.

“Bayi itu masih menerima rawatan kerana lahir pramatang sebelum bapanya berusia 29 tahun ambil dari wad. Ketika itu berlaku sedikit kekecohan, termasuk tarik menarik antara jururawat dan bapa bayi berkenaan.

“Demi keselamatan bayi, jururawat bertugas akhirnya terpaksa melepaskan bayi yang berada dalam pegangan lelaki berkenaan. Pengawal keselamatan juga cuba menghalang namun dia berjaya melarikan diri dengan kereta.

“Pihak hospital kemudian menghubungi polis untuk tindakan lebih lanjut,” jelas Hasanuddin. Menurut beliau lagi, siasatan awal pihak polis mendapati pasangan suami isteri terbabit dikatakan berkahwin di Thailand.

“Kejadian ini berkemungkinan berkaitan dengan bayaran bil hospital namun siasatan lanjut masih dijalankan. Usaha polis untuk mengesan mereka juga sedang dilakukan,” kata Hasanuddin ketika ditemui media hari ini.

Ibu kepada bayi tersebut yang cuma berusia 19 tahun ketika kejadian dramatik itu masih di bawah jagaan rapi pihak HRPZ 2. Justeru Hasanuddin menyifatkan berlaku salah faham apabila bapa bayi melarikan anaknya itu.


Lewat Ahad, netizen gempar apabila tular mesej mendakwa konon ada penculikan bayi di HRPZ 2 melibatkan dua lelaki Melayu dan seorang wanita Melayu yang dikesan menaiki kereta Honda Civic kira-kira jam 8 malam tadi.

Namun ada pengguna media sosial mengesyaki kes itu mungkin kerana isu caj hospital gagal dijelaskan ibu bapa bayi itu. Untuk rekod kadar bayaran jika bersalin biasa di kelas 1 ialah RM450, kelas 2 (RM225) dan kelas 3 (RM10).

Sementara jika bersalin secara bedah di kelas 1 ialah RM1,200, kelas 2 (RM600) dan kelas 3 (RM100), manakala caj untuk warga asing adalah lebih tinggi dengan mengikut bilangan hari ditempatkan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori