Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jemaah Jangan Leka Gajet...

MADINAH - Jemaah haji diingatkan supaya tidak terlalu leka dengan telefon bimbit mereka...

Mayat Berbalut Dengan Tikar...

SATU mayat lelaki ditemui berbalut dengan tikar plastik ditemui terapung di sebuah terusan...

Cuepacs Rangka Cadangan Sistem...

LABUAN - Cuepacs sedang merangka kertas cadangan tentang sistem saraan baharu penjawat awam...

Jatuhkan MB Perak: SPRM...

IPOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin memanggil semula enam Anggota Dewan...

Kehilangan Kabel: Seorang Juruteknik Kanan TM Ditahan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi suspek untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pengeluaran kabel dari stor Telekom Malaysia (TM).

Suspek lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada kira-kira 1.15 tengah hari tadi selepas hadir memberi keterangan membantu siasatan kes ini.

Menurut sumber SPRM, suspek merupakan seorang juruteknik kanan TM.

“Suspek dijangka direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi esok bagi membantu siasatan kes ini,” kata sumber itu.

Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan enggan mengulas lanjut berhubung siasatan itu.


Pada Rabu lepas, seorang pegawai teknikal TM antara 11 individu ditahan berhubung kes ini, berikutan syarikat telekomunikasi itu mengalami kerugian RM4 juta hingga RM6 juta bagi tempoh 2016 hingga Mac tahun lepas. – BERNAMA

Kategori