Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Perhilitan Kelantan Akan Pasang...

KOTA BHARU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan akan...

Selepas Ini No Komen...

KUALA LUMPUR - Selepas beberapa kali cintanya dengan selebriti putus di tengah jalan,...

Suspek Rampas MT Orkim...

SENAI - Lapan suspek kes rompakan kapal tangki MT Orkim Harmony Jun tahun...

Gadong Jaya Akan Dibangun...

SEREMBAN - Kerajaan negeri akan membangunkan sebuah kawasan riadah dan sukan di atas...

Ringgit Kukuh Beri Kesan Kepada Niaga Hadapan MSM

KUALA LUMPUR – Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan kekukuhan ringgit.

Peniaga Derivatif Phillip Futures Sdn Bhd, David Ng, berkata kekukuhan ringgit susulan kenaikan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia, akan menjadikan komoditi itu lebih mahal bagi pembeli asing.

ā€œRinggit yang kukuh akan mengehadkan permintaan dalam tempoh terdekat ini. Kami melihat paras sokongan pada RM2,400 dan paras ketahanan pada RM2,580,ā€ katanya kepada Bernama.

Kontrak Februari 2018 turun RM22 kepada RM2,490 setan metrik, Mac 2018 susut RM30 kepada RM2,493 setan metrik, April 2018 jatuh RM30 kepada RM2,493 setan metrik dan Mei 2018 berkurangan RM24 kepada RM2,496 setan metrik.

Jumlah dagangan turun kepada 38,043 lot daripada 39,883 lot pada Rabu dan kepentingan terbuka susut kepada 270,994 kontrak daripada 272,901 kontrak sebelumnya.


Di pasaran fizikal, Selatan Februari turun RM10 kepada RM2,500 setan metrik. – BERNAMA

Kategori