Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 1.1 Juta Isi...

SHAH ALAM - Sebanyak 1,139,008 akaun merangkumi 1,279 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Petaling,...

Wanita Dedah Ovari Rosak...

SESAL dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.. itulah yang ingin disampaikan oleh seorang...

Pemuda UMNO Akur Rombakan...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO akur dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri...

PKR, DAP, PAN Sah...

MUKTAMAD akhirnya Pakatan Harapan menutup pintu kepada PAS sekali gus mengisytiharkan 'perang' terhadap...

Kempen Undi Rosak Tidak Tanggungjawab – Salleh

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan kempen ‘undi rosak’ oleh pihak tertentu sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak baik untuk demokrasi dan negara.

Beliau berkata merosakkan undi bukanlah jawapan kepada rasa kecewa terhadap mana-mana parti politik.

“Memilih merosakkan undi tidak boleh menyelesaikan perbezaan politik kita. Jadilah pengundi yang bermaklumat dan memilihlah dengan penuh rasa tanggungjawab untuk masa hadapan negara.

“Inilah masanya untuk berbakti pada negara,ā€ katanya dalam catatan blog sskeruak.blogspot.my,.

Beliau berkata kemudahan tekonologi maklumat dan komunikasi (ICT) boleh dimanfaatkan oleh sesiapa yang masih keliru untuk mencari maklumat berhubung parti terbaik untuk dipilih pada pilihan raya umum akan datang.

Salleh berkata maklumat yang sepatutnya dicari adalah tentang rekod pemimpin dan parti-parti yang bertanding serta tawaran dan agenda yang diketengahkan.


“Pilihlah kepimpinan yang terbukti kestabilannya, yang mengendalikan keharmonian kaum sebaiknya, dan yang mengutamakan isu-isu penting negara seperti keselamatan nasional, terrorisme (keganasan), kemiskinan, pembangunan ekonomi dan lainnya.

ā€œJika sudah bersedia, gunalah kuasa memilih sebaiknya dan laksanalah tanggungjawab kepada negara. Hanya dengan kuasa ini, hasrat untuk melihat penambahbaikan dan kemajuan negara dapat dikecapi,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori