Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ebit Lew Didakwa Termasuk...

TENOM : Pendakwah terkenal, Ebit Lew, hari ini dihadapkan di mahkamah, di sini,...

Anwar Dibenar Hadiri Pendengaran...

PUTRAJAYA - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani...

Barakah Ramadan, Pengumuman Najib...

HARI ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan khabar senang kepada...

Graduan UNiMAP Tumpuan Pihak...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyifatkan graduan dari...

Keputusan Kes Aib Pemimpin Negara Ditangguh

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan keputusan kes seorang pereka grafik yang didakwa atas pertuduhan memuat naik gambar aib pemimpin negara bertujuan menyakitkan hati orang lain, dalam akaun Facebooknya dua tahun lepas.

Hakim Murtazadi Amran menangguhkan keputusan kes Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 40, pada 7 Feb ini selepas kes berkenaan disebut di hadapannya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Nazrul Nizam Zameri mencadangkan tarikh tersebut selepas dimaklumkan Hakim Norashima Khalid yang mendengar kes itu sedang cuti sakit.

Peguam Louis Liaw yang mewakili peguam Syahredzan Johan bagi Mohd Fahmi Reza tidak mengemukakan bantahan.

Pada 4 Jan lepas, Norashima memerintahkan tertuduh membela diri atas

pertuduhan berkenaan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Fahmi Reza.


Tertuduh didakwa menggunakan akaun Facebook ‘Fahmi Reza’ di suatu pautan secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, pada 8 Feb 2016.

Pautan itu kemudian didakwa dibaca di sebuah alamat di Seraya Sdn Bhd, Batu 3, Jalan Jelapang, di sini, pada 2.40 petang, tarikh yang sama.

Mohd Fahmi Reza didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori