Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Suspek Sangap Tayang Anu...

SEORANG lelaki kini dicari setelah dia bertindak melakukan perkara tidak bermoral dengan menayangkan...

Tun M: Siapa Penyangak?

TUN M kata dia sedia kerjasama dengan PN di PRU ke 15. Asalkan...

Subsidi Haji Untuk Yang...

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PH) mencadangkan subsidi haji diperuntuk secara bersasar, bukan...

Agong Boleh Panggil Sidang...

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai...

N.Sembilan Tak Perkenal Dasar Baharu Tahun Ini

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan perkenalkan dasar baharu pada tahun ini kerana dasar sedia ada sudah mencukupi dan lengkap, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata dasar kerajaan negeri kini lebih tertumpu kepada dasar pembangunan dan pemodenan 30 tahun Negeri Sembilan (2015-2045).

“Dasar yang kami perkenalkan dahulu iaitu dasar jaringan keselamatan sosial akan menjadi sebagai dasar asas kami atau sauh (platform).

“Platform kami sudah kuat dan di atas platform ini kami tegakkan satu tiang iaitu dasar untuk kita melonjak ke atas iaitu dasar pembangunan dan pemodenan 30 tahun (2015-2045) Negeri Sembilan,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan pentadbiran kerajaan negeri di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Katanya tiang ini pula, perlu dipasak dengan dasar-dasar seperti perumahan, lembah ilmu, pembangunan luar bandar dan sebagainya untuk pastikan ia berdiri tegap di atas platform itu nanti.

Sementara itu, Mohamad berkata beliau hendak mengekalkan identiti luar bandar di negeri ini iaitu identiti kampung yang bersih, aman dan damai.

“Oleh itu, kami akan buat program perluasan kampung atau apa yang dipanggil projek kampung tersusun. Sekarang ini kami sedang buat dan telah pun dibahagikan lot-lot di satu kawasan seluas 32.4 hektar di Simpang Durian, Jelebu serta meneruskan dasar pencahayaan di jalan kampung dan kawasan luar bandar.


“Ini adalah antara 17 projek perluasan kampung atau projek ‘menang cepat’ (projek jangka pendek) yang kami hendak buat dalam dasar pembangunan luar bandar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pembangunan yang hendak dilaksanakan terutama di Malaysia Vision Valley (MVV) yang bertumpu di tiga kawasan iaitu Nilai, Seremban dan Port Dickson adalah merupakan kawasan yang diminati pelabur.

“Jadi, kami tumpukan di satu tempat sahaja. Hasil daripada pembangunan di kawasan ini akan kami gunakan untuk menjayakan dasar pembangunan luar bandar,” katanya. – BERNAMA

Kategori