Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Isu Video ‘B40’-Pensyarah, Penuntut...

Kuala Lumpur : Dua perkara sudah dipersetujui oleh Pengurusan Eksekutif Universiti Teknologi MARA...

Robot Seks Lelaki Mampu...

SEBELUM ini masyarakat dunia dikejutkan dengan penghasilan robot canggih sextech yang mampu menawarkan kepuasan...

Kerajaan Dalam Kajian Gubal...

KUALA LUMPUR - Akta Keharmonian Sosial akan digubal selepas kajian teliti mengenai keperluannya...

Hukuman Mati Perogol Disiarkan...

SANA'A - Seorang lelaki Yaman berusia 41 tahun ditembak mati selepas didapati bersalah...

Setuju Tubuh Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan bermula Mei tahun ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, kewujudannya bagi mempercepatkan pengurusan kes pemerdagangan orang.

“Ia akan memastikan aspek kebajikan dan hak asasi mangsa pemerdagangan orang terus terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Alwi berkata, tahun lalu menunjukkan peningkatan jumlah sabitan kes pemerdagangan orang iaitu 147 sabitan berbanding 100 sabitan pada tahun 2016.

Sementara itu, menurut beliau, seramai 150 orang mangsa pemerdagangan telah mula menerima insentif bulanan.

Kata beliau, manakala seramai 95 orang mangsa telah menikmati kebenaran bergerak bebas dan bekerja di Malaysia.


Tambah beliau, beberapa program telah dirancang untuk menambahbaik program kebenaran bekerja kepada golongan tersebut.

“Ia melalui penglibatan secara langsung industri dan pemeteraian dokumen kerjasama antara kerajaan dan majikan dalam setiap sektor,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori