Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi: 85 Rakyat...

Kuala Lumpur : Kementerian Luar mengesahkan seramai 85 rakyat Malaysia yang berada di...

31 Kes Bocor Maklumat,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 31 kes kebocoran maklumat rasmi dan rahsia kerajaan direkodkan...

Artikel Sarawak Report Antara...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa isi kandungan...

Subsidi Minyak Masak: Anak...

Muhammad Faisal Hamzah, anak kepada ketua pembangkang Hamzah Zainudin, didakwa di Mahkamah Sesyen...

Kereta Ahli Perniagaan Disimbah Asid

IPOH – Seorang ahli perniagaan terpaksa menanggung kerugian lebih RM1,000 apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali di hadapan rumahnya di Taman Pelangi di sini, Ahad lalu.

Jason Cheng, 34, berkata beliau menyedari kenderaan jenis KIA Sportage yang dibelinya empat bulan lalu telah disimbah asid ketika hendak menaiki kenderaan itu pada pukul 11 pagi.

“Pada mulanya saya syak kejadian ini disebabkan mahu mambalas dendam kerana beberapa hari sebelum kejadian, isteri saya hampir melanggar sebuah motosikal.

Setelah saya memuat naik gambar (kereta disimbah asid) di dalam Facebook, beberapa rakan mengatakan kejadian sama turut berlaku di sekitar Ipoh,” katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak di Taman Canning di sini hari ini.

Kata Jason, beliau tidak mengetahui motif sebenar si pelaku bertindak sedemikian, namun beliau telah mengalami kerugian lebih RM1,000 untuk mengecat semula kenderaannya itu.

Jason telah membuat laporan polis pada hari kejadian dan berharap pihak berkuasa dapat menangkap si pelaku agar kejadian yang sama tidak berulang.


Sementara itu, Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak Mohd Rawi Abdullah menggesa pihak polis mempertingkatkan rondaan di beberapa kawasan panas antaranya di Greentown dan Ipoh Timur yang dipercayai menjadi tumpuan kes simbahan asid pada kenderaan mewah .

“Saya minta pihak polis tingkatkan rondaan kerana dikhuatiri akan ada individu menjadi mangsa. Sekarang ini mungkin si pelaku hanya simbah ke kereta, bagaimana jika ada yang membuka tingkap dan terkena muka, itu akan mendatangkan kecederaan yang serius,” katanya. – BERNAMA

Kategori