Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

“Dengan Adanya Vaksin… Kita...

KUALA LUMPUR - Ketersediaan vaksin COVID-19 dalam negara disifatkan sebagai jalan terbaik dalam...

3 Nelayan Indonesia Hanyut...

KEMAMAN - Tiga nelayan lelaki warga Indonesia ditemui selamat selepas seminggu menempuh suasana...

Belanjawan 2024: Kerajaan Lanjut...

KUALA LUMPUR : Kerajaan melanjutkan pengecualian cukai bagi wanita yang kembali bekerja sehingga...

“Itu Politik Bangang, Saya...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Anwar Ibrahim memberi amaran kepada semua pihak supaya...

Kerja Roboh Plaza Tol Batu 3, Sg Rasau Selesai Hujung Mac

SHAH ALAM – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan semua kerja-kerja perobohan struktur fizikal Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau, di sini yang sudah tidak beroperasi, akan selesai pada penghujung Mac depan.

Pengarah Urusannya Datuk Azman Ismail berkata ini kerana entiti itu kini masih dalam proses memuktamadkan pemilihan kontraktor berkelayakan bagi pelaksanaan kerja-kerja perobohan itu sejak tender dibuka pada bulan lepas.

“Setelah kontraktor dilantik, kerja-kerja merobohkan struktur fizikal kedua-dua plaza tol itu akan dimulakan selepas Tahun Baharu Cina bulan depan dan berdasarkan jadual, proses perobohan dijangka selesai pada hujung Mac.

“Ini berikutan kerja-kerja tersebut perlu dilakukan secara berperingkat memandangkan ia dilaksanakan dalam persekitaran lalu lintas yang sentiasa bergerak,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata kerja-kerja awalan seperti pemindahan peralatan tol, papan tanda serta asset lain akan dilakukan terlebih dahulu sebelum perobohan struktur fizikal bermula.

Azman berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap aspek keselamatan sepanjang kerja-kerja perobohan dijalankan dan semua pengguna lebuh raya terlibat dinasihatkan supaya memperlahankan kenderaan, mematuhi semua papan tanda keselamatan serta berhati-hati semasa melalui kedua-dua plaza tol tersebut.


Katanya namun buat masa ini, semua pengguna diingatkan supaya sentiasa mengurangkan kelajuan kenderaan dan lebih berhati-hati ketika melalui kedua-dua plaza tol itu hingga proses perobohan selesai.

Bermula 1 Jan lalu, kutipan di kedua-dua plaza tol itu dimansuhkan susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenainya semasa pembentangan Bajet 2018 pada Oktober lepas.

Dalam pada mensyukuri pemansuhan tersebut, ramai pengguna jalan raya itu menggesa kedua-dua plaza tol yang tidak lagi beroperasi dirobohkan segera kerana bimbang mendatangkan kemudaratan kepada mereka.

Gesaan itu dibuat susulan berlaku kemalangan meragut dua nyawa di Plaza Tol Batu Tiga pada Isnin lepas apabila kenderaan dinaiki mangsa hilang kawalan sehingga ia merempuh tembok pondok tol terbabit. – BERNAMA

Kategori