Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Strategi Atau Biadap? Produk...

Sering kali kita mendengar laporan tentang virus Ebola yang semakin merebak dan angka...

Syatilla Sindir Fazura Sebab...

BARU-BARU ini menerusi program realiti TV 'Facing Up To Fazura (FUTF)' pelakon Nur Fazura telah...

Teks Penuh Ucapan Bajet...

1. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. 2. Syukur Alhamdulillah, atas nikmat Allah...

Verstappen Sambut Hari Jadi...

SEPANG - Menampilkan pemanduan yang cemerlang, pelumba Red Bull Racing Max Verstappen berjaya...

Kerja Ukur Tanah Felda Gunung Bongsu Februari Ini

KULIM – Kerja mengukur dan pecah lot serta melabelkan tanah bagi projek membina 75 unit perumahan generasi kedua Felda Gunung Bongsu di sini akan bermula selewat-lewatnya awal bulan depan.

Ketua Unit Tanah, Perumahan dan Pewarisan Felda Wilayah Alor Setar Mohamad Nasir Shabudin berkata setelah selesai proses itu pihaknya akan menyerahkan urusan seterusnya kepada pejabat tanah untuk dikemukakan kepada pengurusan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) bagi langkah seterusnya nanti.

“Pihak kita menerima 180 permohonan bagi pembinaan rumah generasi kedua Felda tersebut dan dari jumlah itu hanya 75 permohonan akan diterima.

“Selebihnya itu, kita akan mohon bagi mendapatkan tanah tanpa rumah. Jadi, mereka masih mempunyai peluang untuk membina rumah sendiri di tanah Felda ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad Nasir berkata secara keseluruhan keluasan tanah bagi projek berkenaan melibatkan 10.393 hektar namun bukan semua kawasan itu merupakan kawasan landai.


“Jadi,kami perlu bersihkan kawasan berbukit dan berpaya bagi memastikan ia sesuai dan selamat bagi mendirikan kediaman,” katanya.

Sementara itu, Ketua Belia Felda Gunung Bongsu Muhamad Ruslan Johari berkata dia lega apabila penantian generasi kedua di situ untuk memiliki rumah tercapai.

“Sekarang, hanya 20 peratus generasi kedua yang tinggal di sini kerana mereka terpaksa menyewa di luar. Bukan tak mahu tinggal di sini tetapi tak ada rumah. Jadi dengan projek ini, kita harap generasi muda akan kembali menetap di Felda ini,”katanya. – BERNAMA

Kategori