Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dua Pegawai Kontinjen Negara...

BIRMINGHAM: Dua pegawai kontinjen Malaysia disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani proses kuarantin,...

23 Keluarga Di PPRT...

KUALA NERUS - Sebanyak 23 keluarga di Kampung Lembah Harapan Seberang Takir yang...

Barang Kemas RM3.8 Juta...

LESAP... Ketika polis Perancis bingung siasat kes di Hotel Ritz di Paris pada...

JBPM Serah Segala Info...

KUALA KUBU BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menyerahkan semua...

Kerjasama NBOS Laksana Program Kerajaan Terbukti

KOTA BELUD – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mahu semua agensi kerajaan di negeri ini menjalin kerjasama dengan Perbendaharaan Malaysia Sabah untuk melaksanakan program kerajaan kerana ia terbukti berkesan untuk membantu rakyat.

Beliau berkata kerjasama menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat sangat diperlukan terutamanya bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman.

“Pelaksanaan program kerjasama untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat itu selaras dengan pelaksanaan Pusat Transformasi Bandar bagi komuniti bandar dan Pusat Transformasi Luar Bandar untuk komuniti di kawasan berkenaan,” katanya semasa merasmikan Program Karnival Pekerjaan dan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) 2018, di sini, hari ini.

Beliau berkata melalui program itu, kerajaan berharap ia dapat membawa transformasi sosial kepada rakyat demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

“Saya difahamkan lebih 30 agensi kerajaan dengan membawa 100 jenis perkhidmatan sepanjang program dua hari ini sejak semalam dan sebanyak 20 majikan dengan 500 peluang pekerjaan yang ditawarkan sepanjang program ini.

“Semua perkhidmatan adalah percuma seperti pemeriksaan kesihatan, perancangan keluarga serta agihan topi keledar dan pelbagai barang keperluan rakyat… perkhidmatan percuma ini merupakan usaha kerajaan yang tidak pernah mengabaikan semua rakyat termasuk di Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, Salleh meminta masyarakat di Kota Belud, khususnya golongan muda merebut peluang perkhidmatan dan menikmati semua kemudahan yang disediakan oleh kerajaan pada program itu.


“Program NBOS ini (Mobile CTC di Kota Belud) merupakan siri pertama diadakan di Sabah pada tahun ini. Oleh itu saya berharap agar misi merakyatkan perkhidmatan awam seumpama ini dapat dinikmati seluruh penduduk di daerah ini.

“Syabas kepada Jabatan Tenaga Kerja, Perbendaharaan Malaysia Sabah, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, serta semua jabatan kerajaan yang berjaya menganjurkan program ini dan saya berharap program ini akan diteruskan di kawasan lain untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Salleh berkata semua program itu dapat diadakan dengan sempurna dan lancar disebabkan kestabilan politik dan ekonomi negara.

Kestabilan negara juga akan membolehkan kerajaan menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan ekonomi kepada rakyat, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • NBOS

Kategori