Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

10 Sebab Mengapa Peralihan...

Lewat malam tadi, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyatakan Mesyuarat Majlis Presiden PH pada petangnya membincangkan agenda mengenai perjalanan PH ke Putrajaya.

Fred Bakal Sarung Jersi...

LIVERPOOL - Manchester United dijangka akan menandatangani pemain tengah Brazil Fred dalam masa...

JKM Tunggu Laporan Perubatan...

PUTRAJAYA - Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sedang menunggu laporan perubatan daripada pegawai perubatan...

Pelajar IPT Maut Terjatuh...

PADANG BESAR - Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di sini maut selepas...

Kes Jong-nam: 70 Klip Video CCTV Ditayang Di Mahkamah

SHAH ALAM – Lebih 70 klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ditayangkan pada perbicaraan kes itu hari ini di Mahkamah Tinggi di sini.

Klip video itu dikemukakan pihak pendakwaan semasa pemeriksaan utama terhadap penyelia keselamatan CCTV Gateway@klia2, Syed Fakhruzaman Mohd Mokhtar, 45, pada perbicaraan kes itu yang masuk hari ke-26.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali saksi itu berkata beliau telah menyalin rakaman itu dalam 10 cakera video digital (DVD) sebelum menyerahkannya kepada pegawai penyiasat kes itu ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz.

“Kesemua 10 keping DVD itu diserahkan kepada pegawai penyiasat secara berperingkat di antara 13 Februari dan 21 Februari tahun lalu,” katanya yang turut mengesahkan kesemua klip video dalam DVD terbabit yang ditayangkan ketika prosiding itu.

Saksi ke-31 itu berkata beliau bertanggungjawab membuat salinan rakaman CCTV ke dalam DVD tersebut.

“Selepas pihak polis berjaya mengesan rakaman, saya kemudian membuat satu folder di dalam komputer sebelum menyalin ke dalam DVD yang diberikan oleh pihak polis.

“Semasa proses itu dijalankan, saya mengesahkan bahawa kesemua DVD itu berada dalam keadaan baik dan saya sendiri yang mengendalikan komputer berkenaan. Semua rakaman itu dilihat di Bilik Kawalan CCTV klia2 di tingkat satu,” katanya.


Beliau berkata demikian pada perbicaraan kes warga Indonesia, Siti Aisyah, 26, dan Doan Thi Huong, 29, yang didakwa membunuh Kim Jong-nam bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, klia2, Sepang pada 9 pagi, 13 Februari 2017.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung Isnin depan. – BERNAMA

Kategori