Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Seorang Ahli Mesyuarat Di...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang individu yang telah menghadiri...

Sabah Sentiasa Hargai Bakat...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri sentiasa menghargai bakat rakyat di negeri ini dan...

Mara Peruntuk RM2 Bilion...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu Majlis Amanah Rakyat (Mara)...

ESSCOM Tembak Mati Lelaki...

Natijah menceroboh sempadan dan melepaskan beberapa das tembakan, seorang lelaki ditembak mati oleh...

Kes Tampar Polis: Farid Tertekan, Rindu Anak-Anak

DALAM pada ketegangan terus tercetus berhubung kes penangkapan melibatkan pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil, satu demi satu kebenaran di sebalik insiden itu kian terungkai.

Adik kepada aktor itu, Fadzil Zahari tidak menolak kemungkinan Farid mengalami masalah mental atau tekanan perasaan.

Menurut Fadzil, abangnya mengadu bahawa sudah lama tidak berjumpa dengan dua orang anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

“Saya bertemu Farid tiga hari sebelum dia ditahan dan dia ada mengadu katanya tidak bertemu dengan anak-anaknya sudah dua hari.

“Masa jumpa dekat balai pun dia tanya soalan sama, memang dia merindui anak-anaknya. Ada juga kemungkinan Farid mempunyai masalah mental atau tekanan perasaan,” kata Fadzil dipetik mStar Online.

Adik Farid Kamil, Fadzil Zahar.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangan isteri Farid iaitu Datin Diana Danielle, Fadzil berkata, aktres itu tidak dapat dihubungi sejak kes tersebut berlaku malah Diana turut dikatakan tidak hadir ketika prosiding pagi tadi.

“Saya rasa pihak Diana pun sudah bersuara kepada media semalam. Diana tidak dapat dihubungi, saya pun tak pasti mengapa dia tidak dapat hadir sedangkan Farid memerlukan sokongan,” ujarnya.

Baca: Didakwa Tampar Anggota Polis, Farid Kamil Ditahan

Juga: “Farid Berkelakuan Pelik Sejak Dalam Kereta Lagi”

Sementara itu seorang lagi adiknya, Anis Anwar berkata, Farid sememangnya sudah lama menanggung tekanan perasaan. Namun, perkara itu tidak diketahui oleh keluarga kerana Farid seorang yang terlalu berahsia.

“Tekanan itu sudah lama Farid tanggung. Dia seorang perahsia dan tidak mahu beritahu masalah yang dialami kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dan sekarang ia berlanjutan hingga ke tahap ini,” ujarnya.

Pelakon, Datuk Farid Kamil.

Tambahnya lagi, buat masa ini Farid memerlukan sokongan daripada orang terdekat dan mereka sememangnya ada merancang untuk membawa aktor itu bertemu pakar untuk mendapatkan rawatan kaunseling.


“Farid bukan seperti yang dikatakan dan yang diviralkan. Apa yang orang kata tentang dia semuanya tidak benar.

“Buat masa sekarang dia memang sangat memerlukan sokongan daripada orang paling rapat dengannya,” tambahnya.

Lagi: Kes Tampar Polis : Farid Kamil Direman Selama 4 Hari

Khamis lalu, Farid dilaporkan datang ke Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor untuk membuat laporan mengenai satu kes kemalangan jalan raya.

Namun ketika sedang berurusan, aktor itu secara tiba-tiba didakwa bertindak menampar muka petugas yang menerima aduan. Kejadian itu disaksikan oleh beberapa anggota lain dan orang awam.

Susulan itu, Farid telah direman selama 4 hari yang berkuatkuasa pada hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori