Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

M’sia Di Tempat Kedua...

KUALA LUMPUR - Malaysia berada di kedudukan kedua dalam ASEAN dan ke-19 di...

Penjenayah Pulangkan Sim Kad...

PENJENAYAH memulangkan semula sim kad selepas menyamun seorang lelaki dengan parang dalam kejadian...

Amalan Tauhid Perlu Jadi...

BAGAN SERAI - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah amalan tauhid...

Stesen TV Tayang Aksi...

DUA stesen penyiaran di Sepanyol mengambil keputusan menyiarkan sebuah video memaparkan aksi senggama...

Kes Tanah Felda: Siasatan Selesai, Serah Kepada AG

BERES… Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung isu tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dan akan serah kertas siasatan itu kepada Jabatan Peguam Negara (AG) hari ini.

Berita gembira tersebut disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sambil menjelaskan bahawa kertas siasatan itu sepatutnya dihantar minggu lalu, namun ditangguhkan akibat beberapa isu teknikal.

“Kertas siasatan itu sudah berjaya disiapkan pada hari ini, kita terpaksa tangguhkan untuk menghantar kertas siasatan walaupun saya ada memaklumkan ia akan diserahkan pada minggu lalu.

“Hari ini kita akan serahkan kertas siasatan itu kepada AG untuk tindakan selanjutnya,” kata Mohamad Fuzi pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ulung Ketua Polis Negara di ibu negara pada Rabu.

Baca: Kroni Mahathir Jadi Pemaju Tanah Felda Digadai?

Juga: Felda Dapat Balik Tanah Jalan Semarak Tanpa Kos

Felda Dapat Balik Tanah Jalan Semarak Tanpa Kos

Pertemuan tersebut melibatkan semua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah serta majlis pelancaran Buku Panduan Penyiasatan Jenayah dan Arahan Penyiasatan Jenayah.


Pada 5 Januari lalu, bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad antara yang dipanggil beri keterangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berhubung isu pemindahan hak milik tanah itu.

Isu panas tersebut bermula pada 22 Disember tahun lalu apabila pihak media melaporkan bahawa Felda berisiko untuk kehilangan hak ke atas sebidang tanah strategik di Jalan Semarak, yang dianggarkan bernilai RM200 juta.

Ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015 melibatkan sebuah syarikat pemaju yang diketahui kebetulan didakwa ada hubungan dengan tokoh pembangkang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Felda

Kategori