Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PRN Johor: Salahuddin, Aminolhuda...

JOHOR BAHRU : Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan 16 calon yang akan bertanding...

Tujuh Suspek Geng Curi...

Kepala Batas - Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara...

Hakim Tinjau Paya Lokasi...

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Abdullah yang mengendalikan...

Iran Mengaku Tembak Jatuh...

TEHRAN - Iran mengaku bahawa tenteranya secara tidak sengaja menembak jatuh pesawat penumpang...

Kisah Aneh Keluarga Anwar ‘U-Turn’ Sokong Mahathir

RIBUT politik yang melanda negara kita sejak tahun 1998 sehingga kini sebenarnya berpunca daripada pertembungan ‘epik’ antara Tun Mahathir Mohamad dengan keluarga Anwar Ibrahim.

Semuanya bermula apabila Anwar giat menjalankan gerakan merampas jawatan nombor satu dalam parti dan Mahathir pula berusaha keras untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya.

Jika tidak kerana hal ini, maka tidak akan timbul kes Anwar tidak bermoral, ejen asing atau sebagainya. Walaupun pada 1993, Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar pernah lapor hal ini, tetapi Mahathir menolak segala laporan itu.

Adalah amat lucu apabila laporan terperinci daripada KPN sendiri pun ditolak Mahathir mentah-mentah, tetapi laporan daripada Umi Hafilda Ali dan buku politik 50 Dalil Anwar Tidak Layak Jadi PM diterima pula Mahathir.

Jika disingkap kembali sejarah, sewaktu Hanif melaporkan perkara ini, Anwar masih belum ada apa-apa rancangan melawan Mahathir. Namun sewaktu buku itu diterbitkan dan laporan oleh Umi Hafilda muncul, Anwar bangkit.

Beliau kemudian telah bergegas mempersiapkan diri dan pasukan untuk melawan Mahathir. Maka sebab itulah juga Anwar harus dicantas terlebih awal oleh Mahathir atas apa jua alasan sekalipun tidak masuk akal.

Selepas berjaya dipecat pada 1998, Anwar mula mengumpulkan kekuatan dan bermulalah Gerakan Reformasi. Beliau bagaimanapun akhirnya ditangkap polis, dipukul sehingga lebam mata dan kemudian dipenjarakan.

Keluarga Anwar pula tidak henti-henti dengan pelbagai lakonan dan air mata untuk menarik simpati masyarakat. Kerana pertarungan kuasa mereka berdua, rakyat dan pihak polis turut terheret sama dalam konfik politik ini.

Ada aktivis Reformasi yang ditangkap, didakwa di mahkamah, bergolok gadai mencari wang untuk membayar ikat jamin. Ada yang terpaksa menjadi pelarian keluar negara dan ada juga yang perniagaan terpaksa tutup bankrap.

Malah ada rumahtangga yang runtuh. Semuanya kerana hendak melawan dan menjatuhkan individu yang bernama Mahathir demi mengangkat Anwar menjadi Perdana Menteri.

Namun hari ini apakah yang telah terjadi? Keluarga Anwar telah ‘U-turn’ menjadi pendokong kuat Mahathir, 92, untuk kembali menjadi perdana menteri. Tiada lagi istilah Mahazalim dan mMahafiraun yang mereka lempar dulu.


Nurul Izzah yang satu masa dahulu sanggup ke Filipina minta bantuan bekas Presiden Estrada kerana bapanya sedang dizalimi oleh seorang diktator, hari ini jadi ‘tour guide’ bawa diktator berkenaan untuk bertemu Anwar.

Berapa ramai pejuang-pejuang reformasi yang bertarung di jalanan dulu untuk bapanya, diberi layanan sebegitu oleh Nurul Izzah dan keluarganya? Itulah politik keluarga Anwar Ibrahim, mereka sanggup buat apa sahaja.

Asalkan mendapat keuntungan politik untuk mereka. Menjerit-jerit di jalan raya, berlakon menangis, mencari simpati pemimpin di luar negara, fitnah, caci hinggalah menjadi ‘tour guide’, semuanya mereka sanggup lakukan.

Waima terpaksa sanggup menipu dan menelan balik kahak yang diludah, asalkan politik mereka terus hidup. Tidak bermaruah! PKR tidak akan pergi jauh selagi keluarga ini terus mendominasi halatuju politik PKR.

Walaupun PKR mempunyai beberapa pemimpin lain yang jauh lebih berkaliber, namun kepentingan keluarga Anwar perlu dijadikan keutamaan politik mereka terlebih dahulu berbanding dengan hal-hal lain.

Sia-sia sahajalah perjuangan reformasi selagi keluarga ini terus mendominasi PKR…

Rizal Mansor
Pegawai Khas Perdana Menteri

Kategori