Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Najib Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Ā PanglimaĀ Tentera Nasional Indonesia (TNI) Jenderal Gatot NurmantyoĀ hariĀ ini melakukan kunjunganĀ hormatĀ terhadapĀ Perdana MenteriĀ Datuk Seri...

Kampung Semangat ‘Penamat Banjir’...

KUANTAN - 'Banjir pada waktu panas' bukan situasi baharu kepada penduduk Kampung Semangat...

Jururawat Dirogol Dan ‘Dibuang’...

HABISƂĀ manis sepah dibuang. Itu yang berlaku kepada seorang jururawat yang ditinggalkan dalam keadaan...

DAP Nasihat PAS Kembali...

KUALA LUMPUR - DAP meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya...

Thailand Percepat Bangun Kemudahan Pelancong

SONGKHLA (Selatan Thailand) – Kerajaan Thailand akan mempercepatkan pembangunan di sempadan negara itu demi menyediakan kemudahan terbaik kepada pelancong dari Malaysia mahupun Thailand.

Gabenor Songkhla, Dondej Phatnarat berkata pihaknya sedang merancang beberapa alternatif bagi menyediakan kemudahan di pintu sempadan mereka berikutan jumlah pelancong Malaysia yang berkunjung ke Songkhla.

“Jumlah pengunjung Malaysia yang masuk ke Songkhla ramai terutama semasa musim cuti berikutan terdapat banyak tempat yang menarik boleh dikunjungi termasuk mencuba makanan yang sedap di sini.

“Sebab itu kita ingin percepatkan kemajuan di sempadan Thailand kerana mahu seiring dengan kemajuan Malaysia,” katanya sewaktu menerima kunjungan anggota Kelab Media Elit Kedah (KMEK) di pejabatnya di Songkhla City Hall, baru-baru ini.

Turut hadir Presiden KMEK, Mohd Rafie Azimi, Presiden Persatuan Wartawan 14 Wilayah Thailand, Chaiyong Maneerungsakul, Presiden Persatuan Wartawan Yala, Karim Raman Siriwong dan beberapa anggota jawatankuasa kelab berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata banyak perkara yang boleh dikongsi antara negara Thailand dan Malaysia berikutan corak ekonomi dan politiknya yang hampir sama.


“Kita bersempadan jadi banyak perkara yang hampir sama, jadi kita boleh bertukar-tukar fikiran dalam usaha untuk memaju dan membangunkan lagi industri pelancongan dan perindustrian demi kesejahteraan kedua-dua negara,” katanya.

Sementara itu, Dondej menyangkal dakwaan bahawa pelancong Malaysia tidak dibenarkan masuk ke sempadan negara itu sekiranya tidak membawa sekurang-kurangnya RM1,000 seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.

“Perkara yang tular di laman sosial itu tidak benar kerana kita membenarkan pelancong Malaysia masuk ke sini dengan jumlah wang yang terpulang kepada mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori