Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

9 Askar Direman Bantu...

JOHOR BAHRU - Sembilan anggota tentera direman tujuh hari bagi membantu siasatan satu...

Lawatan Presiden Perancis Tingkat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berharap lawatan negara Presiden...

Tiada Kematian, Hanya Kemalangan...

LAMAN sosial hari ini dipenuhi dengan gambar sadis beberapa pekerja yang dikatakan dihempap kontena...

Penternak Ayam, Telur Jamin...

PETALING JAYA : Bekalan ayam dan telur dijamin mencukupi sehingga ke bulan Ramadan...

KKM Isytihar Wabak MERS-CoV Tamat Di Malaysia

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mengisytiharkan wabak jangkitan MERS-CoV yang dilaporkan pada 1 Januari lalu selepas seorang jemaah umrah Malaysia disahkan dijangkiti wabak itu telah tamat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan tiada kes baru jangkitan MERS-CoV dikesan di seluruh negara sejak kes melibatkan jemaah umrah lelaki berusia 55 tahun dari Selangor itu dilaporkan.

“Pemantauan tempoh jangkitan itu dijalankan selama selama 28 hari dari hari pertama kes menunjukkan gejala MERS-CoV iaitu pada 24 Disember 2017.

“Pemantauan kes MERSCoV ini juga menunjukkan bahawa penyakit ini telah tidak
merebak kepada mana-mana individu lain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, seramai 75 kontak dikesan melibatkan ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, ahli kumpulan umrah, mereka yang mengendalikan kes itu di klinik swasta dan hospital kerajaan serta penumpang yang duduk berhampirannya.

Menurut beliau, seramai 59 kontak rapat diletakkan di bawah pengawasan di rumah selama 14 hari bermula dari hari terakhir kontak bertemu dengannya. Kesemua sampel yang diambil dalam kalangan kontak rapat kes telah diuji dan dilaporkan negatif jangkitan MERS-CoV.


“Dengan ini Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa wabak jangkitan MERS-CoV yang dilaporkan pada 1 Januari 2018 adalah diisytiharkan tamat,” katanya.

Beliau dalam pada itu mengingatkan masih belum wujud vaksin khusus untuk memberi perlindungan terhadap jangkitan penyakit MERS-CoV dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu. -MYNEWSHUB.CC

Kategori